Tempatan
Buat Peminat Star Wars, Yamaha NMAX Ini Harus Dimiliki
Memang ramai yang boleh dikatakan meminati filem Star Wars ini dan banyak juga produk-produk menggunakan jenama berkenaan. Selain baju dan kereta edisi Star Wars, Yamaha Brazil mula menunjuk minat untuk menawarkan skuter NMAX edisi Star Wars.
Jentera yang dipenuhi pelekat berkonsep Star Wars itu ditawarkan dengan dua varian. Sama ada anda untuk memilih menjadi anggota Rebell Alliance atau Galactic Empire. Rebell Alliance menggunakan warna putih dengan aksen merah dan perak, selain lambang Rebel Alliance diletak pada fairing skuter.
Beralih kepada Galactic Empire, ia menggunakan warna hitam serta kelabu. Sama seperti versi Rebel Alliance, lambang Galactic Empire di fairing skuter. Rangkaian kuasanya, ia masih lagi sama yang menggunakan enjin 155cc dengan menyalurkan 14hp.
Bagi pasaran Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor pada Mei Lalu memperkenalkan NMAX versi 2021 dengan dua warna baharu iaitu Power Grey dan Icon Grey. Harganya, ia masih tidak berubah yang mana ia dijual pada RM8,998 tidak termasuk insurans dan bayaran pendaftaran.
Skuter versi dipertingkatkan itu yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu hadir dengan lampu LED enam mentol yang mana empat daripadanya adalah untuk lampu rendah dan selebihnya untuk lampu tinggi.
Sebagai tambahan untuk memberi tambah nilai skuter itu, tempat kakinya lebih lebar untuk memberi keselesaan tunggangan, ruang penyimpan di bawah pelana mencecah 23.3 liter yang boleh memuatkan topi keledar penutup penuh bersaiz XL.
Must-Watch Video