Tempatan
China Hasil Kereta Api Maglev, Kelajuan Maksimum 600km/j
Sebuah kereta api baru yang mampu mencapai kelajuan 600km/j dilancarkandi bandar Qingdao, China pada Selasa lalu.
Ia dikatakan menjadi kereta api maglev terpantas pernah dibina negara itu. Kelajuan dikatakan menghampiri 603km/j yang mana ia rekod dunia itu dihasilkan oleh kereta api maglev Jepun keluaran Central Japan Railway.
Kereta api di China itu dibangunkan China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC), ia menggunakan levitasi magnetik untuk melayang di atas “rel" bagi mengurangkan geseran dan memungkinkan kelajuan yang lebih tinggi.
Ia juga membantu kereta api mengeluarkan tahap pencemaran bunyi lebih rendah dan memerlukan penyelenggaraan yang sedikit daripada kereta api berkelajuan tinggi lain.
"Kereta api maglev berkelajuan tinggi China akan menjadi industri yang berdaya maju," kata Pengerusi CRRC, Sun Yongcai dalam kenyataan yang dipetik Nikkei Asia
China memulakan pembangunan kereta api maglev dengan lima gerabak menggunakan teknologi sendiri sejak 2016 dan ia berjaya menjalani ujian percubaan pada Jun 2020.
Kereta api baharu itu dikatakan hanya mengambil masa tiga jam setengah dari Beijing ke Shanghai dengan jarak perjalanan kira-kira 1,000km. Tempoh perjalanan lebih pendek selama dua jam berbanding menggunakan kereta api laju biasa (bullet train).
Must-Watch Video