Antarabangsa

Comel Dan Garang, Honda N-One Dapat Sentuhan Mugen

gempak
Erywan
25/11/2020
02:46 MYT
Sponsor Banner
Comel Dan Garang, Honda N-One Dapat Sentuhan Mugen
Honda N-One mungkin tidak sepopular City mahupun Civic Type-R namun itu bukan alasan bagi Mugen Motorsport untuk menidakkannya dalam senarai modifikasi.
Kereta kompak atau K-Kei ini amat sesuai untuk kegunaan di kota raya. Kini, model generasi kedua sudah dijual di Jepun selepas debut pertama pada 2012.
Disebabkan syarat kereta Kei di Jepun, N-One masih menggunakan enjin 660cc tiga silinder yang menjana kuasa 64 PS pada 6,000rpm dan tork puncak 104Nm pada 2,600 rpm. Trenkuasa ini didatangkan pada varian Premium Tourer dan RS.
Dua lagi varian N-One ialah model Original dan Premium yang menggunakan enjin aspirasi biasa yang menghasilkan 58 PS pada 7,300rpm dan 65Nm pada 4,800rpm. Kotak gear digunakan sudah semestinya CVT dengan pilihan pacuan semua roda atau pacuan roda depan. Cuma, RS ditawarkan dengan transmisi manual enam kelajuan dan pacuan roda depan.
Kembali semula ke Mugen, firma itu menambah kemasan reka bentuk dan tidak dapat disahkan sama ada ada peningkatan prestasi N-One. Bahagian luaran atau badan ditambah sistem ekzos baharu, splitter depan, skirt sisi dan gurney flap selain rim aluminium.
Untuk kabin, ada kelainan pada tombol gear dan pedal jenis sport selain tikar kaki sport. Mungkin Mugen berasa ia masih terlalu awal untuk memperkenalkan pakej naik taraf enjin yang lebih bertenaga atau benar-benar memutuskan untuk member tumpuan supaya N-One nampak lebih menarik dari luaran sahaja.
Setakat ini, belum ada pengumuman harga didedahkan untuk pakej Mugen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024