,
Antarabangsa

Drako GTE - Tork 8,800Nm, biar betul!

Erywan
20/08/2019
01:55 MYT
Semakin lama, semakin banyak pengeluar kereta elektrik muncul dengan produk terbaru masing-masing.
Model dipaparkan ini dikenali sebagai GTE dan ia dibangunkan oleh Drako Motors, sebuah syarikat berpangkalan di California yang diasaskan oleh Dean Drako dan Shiv Sikand.
Apa yang menjadikan GTE lebih istimewa berbanding pesaingnya lain? Dari segi mekanikal, model ini mempunyai ‘nadi’ yang merangkumi empat motor elektrik iaitu satu untuk setiap roda.
Lebih mengagumkan lagi, keempat-empat motor elektrik itu mampu menjana kuasa keseluruhan yang tinggi iaitu 1,200hp dan tork mencecah 8,800Nm.
Drako Motors tidak mendedahkan masa pecutan 0-100km/j, namun menyatakan bahawa produknya ini mampu memecut sehingga 332km/j.
GTE juga dilengkapi dengan ciri pemvektoran tork yang mampu mengira jumlah tork positif dan negatif yang diperlukan oleh setiap roda lebih seribu kali sesaat. Ini bukan sahaja memberikan GTE kelebihan semasa memecut dalam garisan lurus, malah membuatkan ia lebih lincah di selekoh.
Untuk prestasi pemanduan optimum, pemandu boleh menggunakan ciri Quattro Manettino yang memberikan akses kepada aspek pemvektoran tork, kawalan gelincir, pembahagian kuasa antara gandar hadapan dan belakang serta sistem brek regeneratif. Turut disediakan adalah mod pemanduan Race, Track, Dry, Rain, Snow dan Ice.
Tenaga bagi kesemua motor elektrik dibekalkan oleh pek bateri berkapasiti 90kWh. Menurut Drako Motors, GTE dilengkapi dengan sistem pengecas 15kW yang menjadikannya sesuai dengan infrastruktur pengecasan EV sedia ada.
Ia juga boleh menggunakan sistem pengecasan pantas Chademo atau CCS (Combined Charging System) dengan kapasiti sehingga 150kW.
Apa yang penting, GTE bukanlah sekadar model konsep untuk pameran di acara-acara tertentu. Drako Motors mengesahkan bahawa ia akan menghasilkan 25 unit GTE dengan harga bermula $1.25 juta (RM5.2 juta).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
drebar

4 tips mudah untuk panduan jika terbabit kemalangan

gempak
02/05/2020
05:10 MYT
Biarpun berhati-hati sekali pun, kecelakaan itu tetap akan berlaku sama ada ia berpunca daripada orang lain.
drebar

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas jual secara terhad, memilikinya sebelum habis!

gempak
13/12/2019
03:42 MYT
Dijual pada harga RM120,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM126,388 untuk Sabah dan Sarawak.
drebar

BMW Motorrad Malaysia tawar Program Servis dan Lanjutan Waranti kepada pelanggan baru atau sedia ada

gempak
09/10/2019
00:05 MYT
Pengenalan itu bermatlamat untuk menjaga kepentingan pelanggan dalam perihal membabitkan penyelenggaraan mereka.
Unitar