,
Tempatan

DS 7 Crossback, SUV premium jenama Perancis berharga RM199,888

Erywan
28/06/2019
11:55 MYT
Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditunggu-tunggu, DS7 Crossback baharu kini dilancarkan buat pasaran Malaysia menerusi pengedarnya, Naza Euro Motors Sdn Bhd.
SUV segmen C premium itu dibekalkan dengan enjin 1.6 THP yang membekalkan 165hp pada 6,000rpm dengan tork setinggi 240Nm pada 1,400rpm.
Kuasa itu disalurkan ke transmisi enam kelajuan automatik (EAT6) yang membenarkan jentera itu memecut sehingga 220km/j.
Bagi memberi gaya pemanduan yang lebih baik, ia dilengkapi dengan Electric Impulse Auto Gear Control yang turut didatangkan padel penukaran gear.
Ia juga tampak gah dengan padanan rim aloi 19 inci Onyx Black yang dibaluti tayar bersaiz 235/50 sekali gus memberi pengendalian stabil di jalan raya.
Penampilan luaran tampak maskulin dan sporty selepas dilengkapi DS Wing bersaluti krom, selain jeriji hitam dengan diperkemasi bentuk berlian. Bahagian belakang pula, lampu dihiasi ciri LED 3D dan diperkemaskan tekstur hitam.
Ruang dalam diperkuatkan lagi dengan kehadiran dua skrin definisi tinggi di bahagian tengah kabin.
Skrin sesentuh pertama bersaiz lapan inci dengan paparan antara muka multimedia. Pada masa sama, ia menawarkan ciri DS Connect yang memiliki pengecas wireless, Apple CarPlay, Android Auto dan Mirrorlink. Skrin kedua bersaiz 12.3 inci pula memaparkan kluster instrumen digital.
Kemasan Performance Line diwakili warna Basalt Black corak Alcantara bersama jahitan atas Carmine/Gold. Ciri mewah kabin dapat dilihat menerusi pedal aluminium dan stereng, hendal pintu dan bahagian tengah yang dibaluti kulit.
Tombol konsol tengah disadur kemasan krom supaya mudah dilihat, manakala pilihan sistem audio FOCAL Electra® HiFi dengan 14 pembesar suara membuatkan alunan muzik semakin lunak dan tepat.
DS7 Crossback ditawarkan dalam warna hitam, putih mutiara, merah dan kelabu pada harga RM199,888 (tanpa insurans). Selain itu, Naza Auro Motors menawarkan waranti 5 tahun atau 120,000km (mana satu tiba terdahulu), 5 tahun bantuan jalanan 24 jam dan akses eksklusif SkyLounge di Subang Skypark.
Dengan pengiktirafan 5-bintang EuroNCAP, Crossback DS7 dilengkapkan segudang ciri keselamatan tinggi membabitkan:
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Regulasi Anti-Gelincir (ASR)
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • Amaran Perhatian Pemandu
  • 6 beg udara
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Dipuji Michelle Yeoh, Zii Jia & Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dijanjikan SUV Oleh Chery Malaysia

gempak
06/08/2024
01:48 MYT
Kejayaan yang dilakar dari kem badminton negara pada Olimpik Paris 2024 terus mendapat perhatian.
Viral

Wanita Aktif Lakukan Aktiviti Persundalan Di Media Sosial Culas Tanggungjawab Jaga Anak? - “Dah Lima Tahun Tapi…”

gempak
04/02/2024
04:55 MYT
Harap dapat diselesaikan segera
drebar

Nissan X-Trail Talaan IMPUL Tampak Sporty Dan Pengendalian Lebih Baik

gempak
06/07/2020
01:01 MYT
Hadir aerokit lengkap IMPUL dengan Spoiler Bampar Aero Hadapan dan Belakang Dua Tona.
drebar

Volkswagen Tiguan Facelift Tampil Gaya Baru Dan Teknologi Terkini

gempak
02/07/2020
03:04 MYT
Ia juga ditawarkan dengan varian R yang menyalurkan 315hp.
drebar

Toyota RAV4 PHEV Pasaran Jepun - Ada Output 306PS dan boleh pecut 0-100km/j hanya 6 saat!

gempak
19/06/2020
02:51 MYT
Prestasinya setanding sesetengah ‘hot hatch’ keluaran jenama Eropah.
Unitar