Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia bakal melancarkan Ford Ranger FX4 Baharu yang dijadualkan berlangsung jam 11 pagi pada 3 Jun ini.

Pelancaran itu akan disiarkan secara langsung melalui YouTube dan Facebook Live. Ini menjadikan Ford Ranger sebagai trak pikap pertama dilancarkan secara serentak melalui kedua-dua platform itu.


Ford Ranger FX4 dihasilkan untuk pelanggan yang suka menikmati pengembaraan hidup bersama trak mereka. Trak ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri unik dan baharu dengan tampil bentuk luaran yang lasak dan mantap.

Bagi versi FX4 itu, ia sebenarnya sudah diperkenalkan di Australia pada Ogos tahun lalu. Ia hadir dengan jeriji hadapan hitam. Selain itu, bampar hadapan dan belakang, penutup cermin sisi dan pemegang but belakang dengan padanan hitam.

Luarannya juga dihiasi dengan pelekat FX4 pada bahagian sisi, manakala belakang mempunyai lencana 3D di pintu but kargo belakang. Selain itu, versi FX4 akan menggunakan rim aloi bersaiz 18 inci hitam yang akan dibaluti tayar 265/60.


Sinonim dengan ‘Built Ford Tough’, Ranger FX4 turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi pintar serta ciri-ciri keselamatan yang ada pada kenderaan Ranger yang sedia ada.

Ini termasuklah 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan dan lincah, lampu Daytime Running Lights (DRL) dan lampu hadapan untuk penglihatan lebih terang.

Ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, Limited Slip Differential , fungsi Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Launch Assist), Sistem Cegah Brek Terkunci (ABS) dengan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, Kawalan Stabiliti Elektronik dengan Kawalan Cengkaman, ‘Rollover Mitigation’, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban.


Bagi meraikan pelancaran tersebut, 150 pelanggan pertama yang membeli Ford Ranger FX4 Baharu ini akan menerima pakej aksesori percuma bernilai RM5,398 seperti berikut:


Pelanggan yang mahu membuat tempahan awal sebelum pelancaran bagi mendapatkan pakej aksesori percuma ini boleh menghubungi Jurujual Digital di talian +6019-204 1200 bermula jam 9 pagi – 4 petang pada hari Isnin – Jumaat, kecuali pada cuti umum.

Melalui talian WhatsApp khusus ini, pelanggan dapat dihubungkan kepada jurujual berdaftar Ford di agen pengedar yang terdekat. Ini membolehkan pelanggan melakukan transaksi mengikut keselesaan mereka dan membuat bayaran deposit di mana sahaja mereka berada.