Tempatan
HLYM lanjut waranti kepada 2 tahun atau 20,000km
Demi menjaga ketenangan minda pemilik motosikal Yamaha, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melanjutkan tempoh waranti dari setahun kepada dua tahun atau 20,000 kilometer.
Program itu membabitkan semua motosikal keluaran HLYM baharu yang didaftar bermula 1 Julai (bermula hari ini).
Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor berkata, adanya program baharu itu, pihaknya berharap ia dapat meningkatkan keyakinan pengguna.
“Pada masa sama, ia akan memberi daya saing yang positif kepada Yamaha terutama dalam industri automotif Malaysia secara keseluruhan,” katanya.
Sementara itu, HLYM turut mengenakan senarai semak pra-penghantaran untuk kebaikan pelanggan. Pengesahan itu dilakukan oleh wakil peniaga yang diberi kuasa untuk memastikan motosikal diserahkan dalam keadaan baik.
Must-Watch Video