Honda Malaysia membuka tempahan generasi kelima Honda City Serba Baharu di 101 pengedarnya seluruh Malaysia bermula hari ini.

Sedan segmen B itu didatangkan empat varian dengan memiliki reka bentuk menarik, prestasi yang hebat serta padanan ciri termaju dalam kelasnya.


Apa yang paling menarik, Malaysia turut menjadi negara pertama bagi pelancaran varian Honda City RS intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) pada peringkat global suku keempat tahun ini. Bermakna, City serba baharu itu tidak didatangkan dengan enjin 1.0 turbo untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

Dalam barisan model Honda, RS bermaksud Road Sailing dan terkenal dengan daya tarikan yang sporty dan bergaya dengan gabungan ciri canggih.


Buat kali pertama bagi Honda Malaysia, City RS dikuasai dengan rangkaian kuasa i-MMD baharu. Sistem i-MMD turut dikenali pada peringkat global sebagai e:HEV dan hanya ditawarkan pada model segmen lebih tinggi dalam rangkaian keluarga Honda.


Kelebihan i-MM, ia memberi City RS prestasi lebih baik dengan tork tertinggi dalam kelasnya. Ia mampu menyalurkan tork setinggi 253Nm dimana kuasa itu setara bagi model segmen C dan D dengan menggunakan enjin 2.5 liter Aspirasi Biasa (NA).


Selain itu, City akan ditawarkan dengan rangkaian kuasa DOHC i-VTEC 1.5L baru dalam segmennya untuk memberikan keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan bakar yang ideal.


Dari segi luaran, City RS boleh dibezakan dengan beberapa ciri membabitkan:

  1. Lampu hadapan, belakang dan lampu siang (DRL) LED (Bagi Varian RS dan V)
  2. Cermin Sisi Hitam
  3. Rim 16 inci dengan dua tona (Bagi Varian RS dan V)
  4. Honda LaneWatch (Bagi Varian RS dan V)
  5. Brek parkir elektrik

Sempena pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berhubung pengecualian cukai jualan baru-baru ini, Honda Malaysia akan menawarkan baucer servis RM1,000 bagi Program Istimewa Tempahan Terawal City Baharu.

Jika mahu melihatnya lebih dekat, anda boleh berkunjung ke pusat pameran Honda yang tertera di bawah: