Modifikasi

Honda Civic EJ - Jentera 20 tahun yang mempunyai 300hp!

gempak
Erywan
24/12/2019
08:05 MYT
Sponsor Banner
Honda Civic EJ - Jentera 20 tahun yang mempunyai 300hp!
Bermula daripada kereta pemanduan harian, tetapi kini ia sudah berubah menjadi sebuah jentera yang cukup menarik dan hanya dipandu untuk acara autoshow sahaja.
Itulah kisah disebalik Honda Civic EJ dalam paparan modifikasi kali ini yang sudah pun berumur hampir 20 tahun.
Bermula 2011, jentera yang asalnya untuk pemanduan harian itu diubah suai secara berperingkat untuk membuatkan kelihatan gah seperti ini. Dari enjin asal, ia ditukar kepada K20 dan seterusnya ke K24 untuk memberi lebih prestasi serta kepuasan buat pemiliknya, Husairi Halim, 40.
Pemiliknya yang berasal dari Perlis dan kini menetap di Kelana Jaya, Selangor, memaklumkan proses modifikasi itu mengambil masa yang cukup lama dan menelan belanja besar, mungkin boleh mencecah RM50,000.
Jika lihat setiap secara kasar pada kenderaan itu, angka itu sebenarnya mungkin lebih kerana banyak komponen yang digunakan adalah berjenama, selain kos upah, cat serta lain-lain lagi. Luarannya, boleh dikatakan ia sangat kemas dan tidak terlalu ekstrems dengan kit-kit badan yang boleh menyakitkan mata. Apa yang boleh lihat, Honda Civic EJ ini tampak sporty dengan padanan rim TE37 yang dibaluti tayar Toyo Proxes dan di bahagiannya turut dipadankan angkup brek Spoon.
Pada masa sama, aksesori Mugen juga digunakan terutama pada lips bampar hadapan dan spoiler belakang. Simple tapi cantik!
Kabinnya pula, kondisi ruang dalaman tampak bersih dan kemas seolah-olah tidak percaya ia sebuah kereta yang sudah berumur 20 tahun. Jentera itu menggunakan sepasang tempat duduk bucket Recaro kuning di hadapan, manakala belakang dibiarkan kosong tanpa kerusi sehingga boleh melihat ruang but belakang.
Paling menarik yang drebar.my mahu tunjuk kepada anda adalah enjin jentera ini, ia cukup mengagumkan dengan susun atur, kemasan dan warna yang menyerikan ruang itu.
Enjin yang digunakan itu adalah daripada Honda Integra DC5, tetapi menggunakan blok K24 yang disumbat dengan omboh Wiseco yang disambung conrod Skunk2. Blok itu ditutup dengan kepala silinder DC5 yang mana menggunakan aci sesondol (camshaft) Skunk2 dan injap Supertech. Intake manifold pula paling menyerlah selepas dipadankan dengan Kinsler 4 Throttle.
Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke kotak gear DC5 yang dibantu dengan klac OS Giken. Buat pengetahuan anda, jentera ini memiliki kuasa yang cukup padu. Selepas ujian Dyno yang dilakukan sebelum ini, ia mampu menyalurkan 300hp!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024