Honda EX5 kini sedia untuk memenangi hati dan jiwa rakyat Malaysia berinspirasikan daripada versi yang terkenal dengan ketahanan tinggi.

Honda EX5 baharu ini menampilkan rupa rekaan neo-klasik serta digabungkan dengan grafik yang lebih menonjol.

Ianya dikuasakan dengan enjin 110cc silinder tunggal dengan penyejukkan udara dan mampu menghasilkan kuasa maksima 6.37kW pada 7,500 rpm dan tork maksimum 8.62Nm pada 5,500 rpm.

Model baharu ini menawarkan lebih penjimatan bahan api menerusi sistem Suntikan Bahan Api Terancang (PGM-Fi) yang menghasilkan emisi yang rendah.

Honda EX5 model tahun 2020 ini didatangkan dalam dua varian iaitu roda tuangan dan roda jejari. Kedua-dua varian ini ditawarkan dengan warna pilihan, Pearl Nightfall Blue (Biru) dan Pearl Magellanic Black (Hitam).