Tempatan

Honda Jepun Dedah Warna Edisi Terhad ADV 150

gempak
Erywan
14/06/2021
03:27 MYT
Sponsor Banner
Honda Jepun Dedah Warna Edisi Terhad ADV 150
Honda Jepun memperkenalkan warna baharu Ross White buat skuter ADV150 (2021) yang bakal mula berada di pasaran 22 Julai depan.
Bagaimanapun warna berkenaan ditawarkan dalam waktu terhad yang mana tempahan mula dibuka pada 11 Jun hingga 31 Ogos pada harga Yen 451,000 (RM16,955).
Warna badan putih berkenaan menggunakan grafik sama seperti pilihan warna badan merah dengan paten jalur kelabu/hitam pada bahagian sisi badan bagi menampilkan aura sporty.
Honda ADV150 didatangkan dengan enjin 149cc silinder tunggal penyejukan air, 4-lejang yang menghasilkan kuasa 15PS dan tork 14Nm. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada tayar bersaiz 110/80-14 (depan) dan 130/70-13 (belakang).
Ciri peralatan baharu bagi versi 2021 antaranya lampu belakang menggunakan lensa dalaman yang menampilkan karakter pencahayaan bentuk X dengan blinker lebih kompak. Lampu depan menggunakan ciri LED yang digabungkan dengan posisi lampu seperti abang lebih besar iaitu X-ADV.
Selain itu panel meter LCD petak memaparkan maklumat meter kelajuan, jam, penggunaan bahan api dan indikator masa menggantikan minyak hitam. Ruangan simpanan di bawah pelana bersaiz 27 liter boleh memuatkan helmet muka penuh manakala kotak depan 2 liter dilengkapi dengan soket aksesori.
Honda Jepun menyasarkan jualan tahunan sebanyak 1000 unit dan warna sedia ada seperti hitam, merah dan kelabu masih lagi dijual di pasaran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live