PT Yamaha Indonesia Motor memperkenalkan versi naik taraf skuter maxi NMAX 155 Connected. Kehadiran model itu akan melengkapi barisan keluarga Maxi Yamaha series dalam memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.


Versi naik taraf itu ditawarkan pada varian Standard menerusi ciri tambahan Smart Key System (SKS) iaitu sistem kunci pintar, serta Y-Connect yang dapat menghubungkan telefon pintar pemilik dengan Bluetooth.

Ciri ketersambungan aplikasi Y-Connect memudahkan pemilik mendapatkan informasi terus ke telefon pintar berkaitan penggunaan bahan bakar, lokasi parkir terakhir, cadangan penyelenggaraan bateri dan minyak sehinggalah ke ciri revs papan pemuka.

i
Aplikasi Y-Connect juga memiliki ciri kedudukan (rangking) yang mana pengguna dapat bersaing sesama pemilik lain berkaitan jarak perjalanan mahupun tunggangan eco.

Sementara Smart Key System dengan Immobilizer dan Answer Back System memudahkan pemilik mencari parkir motosikal sekiranya terlupa kali terakhir meletakkan kenderaan mereka.


Soket Berkuasa Elektrik pula membolehkan telefon bimbit dicas di mana saja. Kawalan Punat Bar Hendal sebelah kiri memudahkan pengguna memilih tampilan informasi dan pengaturan pada speedometer.

NMAX 155 Connected memiliki ruang kaki yang luas sehingga posisi tunggangan menjadi lebih rileks untuk jarak dekat mahupun jauh ditambah lagi suspensi sub tank untuk mendokong prestasi tunggangan atas pelbagai permukaan jalan.


Selain itu, skuter berkenaan juga dibekalkan dengan lampu depan/belakang teknologi LED bersama lampu kecemasan yang rekaannya mewarisi DNa Nmax siries. Bahkan ruang simpanan di bawah pelana yang luas membolehkan pengguna memuatkan helmet muka penuh saiz XL.

Di sektor janakuasa NMAX 155 Connected menggunakan enjin teknologi blue core serba baharu 155cc berteknologi Variable Valve Actuation (VVA). Enjin itu menghasilkan kuasa maksimumr 11.3 kW @ 8,000rpm dan tork maksimum13.9Nm @ 6500rpm.


Jentera ini juga dilengkapi dengan teknologi Smart Motor Generator (SMG) membuatkan operasi menghidupkan enjin lebih lancar dan Stop & Start System (SSS) menghentikan enjin ketika melahu atau berhenti di lampu isyarat bagi menjimatkan bahan api.

Bagi operasi membrek maksimum, Yamaha menggunakan brek cakera di depan dan belakang. Yamaha NMAX 155 Connected dijual pada harga Rp31,000,000 (RM8,951) menerusi empat pilihan warna iaitu Prestige Silver, Maxi Signature Black, Matte Blue serta Matte Red. Warna Prestige Silver adalah varian warna baharu.