Antarabangsa

Ini hasilnya apabila peminat rali minat Campervan

gempak
Erywan
26/07/2019
02:30 MYT
Sponsor Banner
Ini hasilnya apabila peminat rali minat Campervan
Di Malaysia, van lazimnya digunakan tujuan komersial atau dijadikan sebagai pengangkutan awam. Tetapi lain pula ceritanya di United Kingdom, di mana kenderaan seperti ini kerap diubah suai menjadi ‘campervan’.
Apa yang anda lihat ini adalah antara bukti yang trend terbabit sangat popular di negara itu. Dikenali sebagai Ford Transit Custom Campervan, ia dihasilkan oleh dua syarikat yang diiktiraf sebagai Pengubahsuai Kenderaan Berkelayakan (Qualified Vehicle Modifers, QVM) oleh Ford iaitu MS-RT dan Wellhouse.
Campervan itu ditempah oleh Steve Nash, seorang peminat tegar jenama Blue Oval itu yang pernah memiliki beberapa model keluaran Ford seperti Escort Mk1, Sierra dan Cortina.
Steve juga pernah membina sebuah jentera rali Escort Mk2 yang dikuasakan oleh enjin BDG 2.0-liter. Selepas menyertai beberapa kejohanan rali dan sprint dengan kereta itu, beliau mengambil keputusan untuk menjualnya bagi membiayai projek campervan berkenaan.
Berbalik kepada campervan itu, ia menggunakan model Transit Custom versi jarak roda panjang sebagai asas.
Seperti yang dikehendaki oleh Steve, bahagian luaran dijadikan lebih agresif menerusi tambahan kit badan MS-RT, rim OZ Racing berukuran 18 inci dalam kemasan anthracite, muncung ekzos berkembar serta grafik pada bahagian badan sebagai penyudah.
Sementara itu, ruang dalaman pula disiapkan oleh Wellhouse mengikut spesifikasi Steve sendiri. Antara kelengkapan yang ada termasuklah dapur bersaiz penuh, tempat duduk mewah dengan balutan kulit berwarna putih dan jahitan dan tali pinggang keledar berwarna biru, serta bumbung yang boleh dinaikkan untuk dijadikan sebagai ruang tidur.
Satu-satunya aspek yang kekal standard pada Transit Custom Campervan ini adalah aspek teknikal.
Seperti versi standard, ia didatangkan dengan enjin turbodiesel EcoBlue berkapasiti 2.0 liter yang menjana 170PS dan 405Nm, dan transmisi automatik enam kelajuan.
Menurut Ford, harga akhir termasuk kos ubahsuai bagi campervan ini mencecah £77,000 (RM396,031).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live