Tempatan

Ini Ruang Kabin Nissan Qashqai Generasi Baharu Bakal Lancar 18 Februari Nanti.

gempak
Erywan
10/02/2021
05:02 MYT
Sponsor Banner
Ini Ruang Kabin Nissan Qashqai Generasi Baharu Bakal Lancar 18 Februari Nanti.
Nissan dijangka memperkenalkan model crossover generasi baharu Qashqai (turut dipanggil Rogue Sport di negara lain) pada 18 Februari ini.
Setakat ini, ada satu video acah berdurasi 15 saat yang dikongsi dan mendedahkan garisan luaran serta apa yang terkandung dalam kabin.
Nissan mengubah gaya bahagian depan dengan mengenakan lampu utama yang lebih segar termasuk lampu LED memanjang yang bersambung ke bahagian tepi.
Untuk kabin, kluster meter digunakan berbentuk digital dan berukuran 12.3 inci. Sistem infotainmen pula nampak seakan terapung pada bahagian tengah papan pemuka.
Sedikit berbeza kerana ada set butang tekan konvensional di bawah skrin berkenaan, termasuk butang audio, menu, peta, kamera dan lain-lain.
Sistem kawalan pendingan hawa (HVAC) pula terletak di bawah set butang konvensional skrin infotainment. Ia ada skrin paparan berbeza tetapi masih jenis digital termasuk penyelarasan suhu dan tetapan kelajuan kipas.
Bagi varian lebih tinggi, Nissan menawarkan skrin HUD berukuran 10.8 inci dan sistem sterei Bose dengan 10 pembesar suara.
Permukaan tempat duduk dibalut dengan material kulit dengan lubang halus serta dikenakan jahitan corak berlian.
Menurut laporan, Qashqai baharu adalah lebih 35 millimeter (mm) panjang dan jarak roda dipanjangkan sebanyak 20mm. Dalam bahasa mudah, ada kelegaan ruang kabin khususnya untuk penumpang di kerusi belakang.
Qashqai akan menggunakan enjin hibrid ringan 1.3 liter dengan sistem pengecas turbo, menghasilkan 138hp dengan kota gear manual. Jika menggunakan transmisi CVT, output kuasa ialah 158hp. Ada pilihan sistem pacuan roda sama ada roda depan sepenuhnya atau varian pacuan semua roda.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live