Volkswagen Golf GTI Clubsport Mk8 diperkenalkan secara rasmi baru-baru ini, membawakan peningkatan kuasa yang signifikan dan tahap prestasi lebih tinggi berbanding GTI biasa.
Untuk varian Clubsport, enjin EA888 evo4 2.0-liter empat silinder itu ditambah baik dengan perisian ECU baharu, tekanan suntikan bahan api yang lebih tinggi dan pelbagai lagi. Hasilnya, kuasa kuda dan tork meningkat dari 245PS/370Nm kepada 300PS/400Nm.
Transmisi klac berkembar DSG tujuh kelajuan adalah satu-satunya pilihan yang ditawarkan. Dengan pacuan roda hadapan, jentera ini boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam kurang enam saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250km/j.
Aspek casis turut ditala menerusi sistem suspensi yang lebih rendah (15mm) dan ‘camber’ positif untuk tindak balas stereng lebih pantas. ‘Differential’ elektromekanikal pada gandar hadapan kini diintegrasikan ke dalam sistem Vehicle Dynamics Manager, membolehkan pengunciannya diselaraskan mengikut mod pemanduan yang dipilih.
Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan ciri Adapative Chassis Control (DCC) yang mengawal peredam dan penyerap hentak pada setiap tayar berdasarkan keadaan permukaan jalan dan situasi pemanduan.
Sepadan dengan enjinnya yang lebih berkuasa, sistem brek Golf GTI Clubsport turut dipertingkatkan dengan cakera berukuran 18 inci dan angkup dua piston. Volkswagen turut mengkalibrasi semula ABS dan ESC untuk prestasi membrek yang lebih baik, di samping pemanduan yang lebih agresif.
Selain profil pemanduan Eco, Comfort, Sport dan Individual, model ini didatangkan dengan profil Special yang ditetapkan khas untuk pemanduan di litar Nurburgring. Mod ini mempunyai tetapan suspensi yang lebih lembut berbanding Sport bagi memastikan kereta lebih stabil ketika memecut di atas permukaan yang beralun di litar itu.
Dari segi penampilan, versi Clubsport tampil lebih agresif dengan bukaan udara bampar hadapan yang lebih besar dan elemen panduan angin berbentuk sayap. Bersama dengan spoiler belakang, elemen terbabit dikatakan boleh mengurangkan ‘lift’. Sama seperti GTI, model ini mempunyai muncung ekzos berkembar, namun jaraknya ditambah sebanyak 40mm.
Penampilan agresifnya dilengkapkan oleh rim aloi Richmond berukuran 18 inci yang dibalut tayar bersaiz 225/40. Jika ini tidak cukup besar, Volkswagen turut menawarkan rim 19 inci dalam pelbagai pilihan reka bentuk.
Di dalam, jahitan kontras merah menghiasi segenap ruang kabin termasuk pada tempat duduk, perehat tangan, karpet lantai dan stereng. Upholsteri fabrik ArtVelours disertakan secara standard, namun ini boleh dinaik taraf kepada upholsteri kulit.
Erywan
Mon Nov 09 2020
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.