Pameran Motosikal Tokyo yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mac lalu terpaksa dibatalkan disebabkan wabak Covid-19.

Ini sekali gus menyebabkan rancangan Kawasaki Motors Japan (Kawasaki Jepun) untuk memperkenalkan satu varian sportbike hangat kepada dunia terkandas.



Disebabkan tiada pilihan lain, Kawasaki Jepun mendedahkan koleksi gambar Ninja ZX-25R versi perlumbaan. Model ini adalah buatan Jepun sepenuhnya. Ia bukannya Ninja ZX-25R dari Indonesia.

Kawasaki Jepun ada rancangan untuk menghasilkan sejumlah varian ini untuk satu tujuan iaitu Kejohanan One Make Race sama ada pada tahun 2021.



Maklumat yang didedahkan banyak dirahsiakan, melainkan senarai beberapa komponen termasuk jenis dan nama pengeluarnya yang dikongsi Kawasaki Jepun di Facebook.

Berdasarkan gambar, fairing dan madgad motosikal sport ini diperbuat daripada material gentian karbon. Tangki minyak, kotak udara dan frem belakang pula ciptaan A-Tech.



Sistem suspensi kegunaan trek dari Showa dipasang pada Ninja ZX-25R. Tambahan lain ialah pad brek perlumbaan dan sistem ekzos 4-1 Nassert-R dari Beet.