Antarabangsa

Kia Stinger Versi Facelift Bakal Lancar Di Korea Selatan

gempak
Erywan
13/08/2020
06:53 MYT
Sponsor Banner
Kia Stinger Versi Facelift Bakal Lancar Di Korea Selatan
Kia masih tidak memutuskan sama ada untuk menghasilkan generasi kedua Stinger atau sebaliknya, tetapi syarikat berkenaan tampil memperkenalkan model itu dengan versi naik taraf di Korea Selatan.
Dalam barisan produk Kia, Stinger adalah model sebuah fastback yang unik kerana ia memiliki ciri berprestasi dengan pengendalian lebih baik berbanding model-model lain.
Bagi model 2021, luarannya tidak banyak berbeza kecuali dilengkapi lampu hadapan LED dengan perumah lampu warna gelap di dalamnya. Lampu belakang pula tampil dengan reka bentuk baharu yang kelihatan bersambung antara kedua-duanya.
Rimnya juga ditawarkan dua pilihan sama ada 18 atau 19 inci dengan corak geometrik. Pada masa sama, peredam ekzos yang lebih besar bagi varian GT untuk memberi gaya lebih sporty.
Menjengah ke ruang kabinnya, sistem infotaimen lama bersaiz 8 inci ditukar kepada 10.25 inci dan turut menerima kemasan material yang lebih baik pada bahagian dalamannya. Selain itu, ia diserikan kemasan material aluminium dan gentian karbon serta kulit berkualiti, selain suasana dalaman boleh ditukar dengan 64 warna pencahayaan.
Buat masa ini, tiada spesifikasi yang didedahkan pada rangkaian kuasanya. Cuma ada yang mengatakan Stinger GT bakal menggunakan enjin 3.5 liter daripada model Genesis G80. Ia dikatakan mampu menyalurkan output 380hp.
Buat pasaran Korea Selatan, Stinger itu bakal memasuki suku ketiga tahun ini dan disusuli pasaran global yang lain. Bagi pasaran Malaysia pula, Kia Stinger bukannya versi itu dijual pada harga RM309,888 bagi varian enjin 3.3 liter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024