Antarabangsa
LCR Honda Idemitsu Sah Sambung Kontrak Dengan HRC Dan Nakagami
Menjelang GP Alcañiz hujung minggu ini, Takaaki Nakagami dan HRC bersetuju untuk melanjutkan kontrak dan komitmen mereka untuk tahun 2021 dan seterusnya.
Bintang Jepun itu akan terus menerajui pasukan LCR Honda IDEMITSU di kelas MotoGP pada 2021 sekali gus memainkan peranan penting dalam karier masa depan Nakagami.
Nakagami menduduki tempat kelima dalam Kejuaraan Dunia FIM MotoGP, sudah menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam kariernya sejak awal kolaborasinya dengan LCR pada tahun 2018.
Principal Pasukan LCR Honda IDEMITSU, Lucio Cecchinello, beliau sangat berbesar hati untuk memberikan sokongan kepada Nakagami pada tahun 2021 dan masa depan.
“Kami benar-benar kagum dengan kemajuan Taka (Takaaki Nakagami) yang semakin meningkat dan kami akan terus melakukan yang terbaik kepadanya,” katanya.
Selepas pengumuman itu, Nakagami berkata, beliau sangat gembira dapat terus berlumba untuk LCR Honda IDEMITSU pada tahun 2021 dan tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada keluarga LCR selama bertahun-tahun lagi.
“Saya berterima kasih kepada Honda atas sokongan mereka yang membolehkan saya memanfaatkan sepenuhnya potensi saya musim ini.
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk memperoleh keputusan yang mantap untuk baki perlumbaan, selain untuk membina momentum tahun depan,” katanya.
Must-Watch Video