Antarabangsa

Lotus pilih Evija, nama hypercar elektrik pertama mereka

gempak
Erywan
04/07/2019
04:51 MYT
Sponsor Banner
Lotus pilih Evija, nama hypercar elektrik pertama mereka
Lotus memilih acara Goodwood Festival of Speed untuk mengumumkan nama bagi model hypecar elektrik terbaru iaitu Lotus Evija.
Hypercar elektrik pertama keluaran British itu dijangka akan dikeluarkan pada 2020. Ia juga adalah model pertama Lotus selepas diterajui Geely.
Jika disebut 'ev-eye-a', ia bermaksud 'yang pertama wujud' atau 'yang hidup'. Ia sangat sesuai dengan reputasi Lotus sebagai perintis dalam bidang automotif dan motorsport.
Ketua Pegawai Eksekutif Lotus Cars, Phil Popham berkata, Evija adalah nama yang sesuai untuk hypercar elektrik pertama Lotus selepas diterajui oleh Geely.
{^widget|(videourl)https%3a%2f%2fyoutu.be%2fXJ-zYTBoue0|(name)YouTubeVideo|(autoplay)False|(widget_displayname)YouTube+video|(width)425|(height)355^}
Pengunjung di acara Goodwood Festival of Speed turut berpeluang melihat secara sekilas penampilan Lotus Evija.
Pada bulan ini juga, Lotus bakal memperkenalkan Evija secara menyeluruh di London. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Type 130 selepas dipertontonkan pada Pameran Auto Antarabangsa Shanghai pada April lalu.
May lalu, Lotus juga mengesahkan bahawa pengeluaran jentera itu hanya 130 unit sahaja yang akan dipasang di Hethel, Norfolk.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live