Modifikasi

Mitsubishi Evolution X Naik Taraf Versi Final Edition

gempak
Erywan
24/02/2020
12:55 MYT
Sponsor Banner
Mitsubishi Evolution X Naik Taraf Versi Final Edition
Mitsubishi Lancer Evolution X adalah kereta berprestasi terakhir yang dihasilkan pengeluar automotif daripada Jepun itu.
Kini syarikat pengeluar automotif itu seolah-olah tidak mahu meneruskan menghasilkan jentera berprestasi kerana mereka lebih tertumpu untuk menawarkan kenderaan utilti sukan, trak pikap dan kereta kompak.
Biarpun sudah hampir lima tahun tamatnya pengeluaran Mitsubishi Evolution X, jentera itu masih lagi digilai masyarakat seluruh dunia.
Di Malaysia juga, jentera itu menjadi satu koleksi yang cukup berharga buat kaki-kaki peminat kereta tegar. Jentera dalam keluaran modifikasi kali ini, sebenarnya sudah pun berumur mencecah 12 tahun dan ia masih lagi kelihatan seperti baharu.
Pemiliknya, memilih konsep gaya modifikasi yang minimum di luaran, tetapi memberikan konsentrasi ke bahagian enjin dan kokpit dengan pelbagai aksesori Ralliart dan selepas jualan.
Modifikasi yang dilakukan adalah bersahaja dan ringan membuatkan kenderaan itu lebih unik untuk menjadi contoh modikasi bagi model berkaitan.
Pada masa sama, ia masih mengekalkan identiti sebenar dengan menggunakan barangan yang ‘rare’ dan yang pasti tulen seperti kit badan versi paling baharu iaitu Final Edition. Pemiliknya memaklumkan bahawa dia menghabiskan banyak masa dan tenaga mendapatkan segala barang yang unik bagi membuatkan kereta berkenaan mempunyai daya tarikan yang tinggi.
Jentera ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dengan menelan belanja hampir RM65,000.
Bagi memudahkan anda, kami senaraikan barangan yang sudah ditukar pada jentera ini. Luaran: 1. Kit badan luaran dinaik taraf kepada versi paling baru iaitu Final Edition 2. Bampar hadapan MR dengan headlamp washer dan lips Ralliart 3. Bampar belakang disertakan dengan apron Ralliart 4. Skirt sisi Mitsubishi Lancer Evolution 2012 5. Spoiler dengan Lips dan Kamera Pandang Belakang. 6.Lampu belakang LED Ralliart 7. Cermin sisi dengan lampu isyarat LED 8. Pelekat pintu ColtSpeed 9. Bumbung matahari 10. Suspensi boleh laras ketingginan dan kekerasan Cusco 11. Rim Volk Racing CE28N bersaiz 18 inci. Dalaman: 1.Panel meter Final Edition yang sangat rare kerana ia diproduksi kurang dari 5,000 seluruh dunia 2. Pillar Meter 3 Beradik dari Glowshift USA – Aem Failsafe Wideband, Aem Boost, Defi Exhaust Temp 3. Meter 3 beradik M7 di papan pemuka – Defi Water Temp, Defi Oil Temp, Defi Oil Press 4. Pemain audio Rockford Fosgate 6.1 5. Lampu Bezel Ralliart 6. Lampu Kaki Ralliart 7. Motion Sensor Mitsubishi Lancer Evolution X keluaran 2015 8. Stereng Coltspeed gentian karbon Enjin: 1. Map Performance Manifold dari Amerika Syarikat 2. Blow off IPR 3. Sistem ambilan Blitz/M7 Japan CF 4. Grimmspeed Boost Controller Solenoid 5. Kawalan Boost Blitz IBC-ID 6. Ekzos titanium Tomei Extreme TI Catback 7. 7. Intercooler M7 Japan 8. Pengatur bahan api Turbosmart 9. Fuel Rail Works Engineering
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live