Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan pilihan warna dan reka bentuk grafik baharu bagi motosikal “street bike” Modenas Pulsar NS200.
Tiga pilihan warna terbaru yang ditawarkan membabitkan “Plasma Blue”, “Burnt Red” dan “Pewter Grey”. Skema warna dan grafik baru itu menambah daya tarikan untuk menarik minat bagi mereka yang ingin beralih ke segmen motosikal lebih besar.
Masih menggunakan enjin 200cc DTS-i yang menghasilkan kuasa maksimum 18kW dan tork maksimum 18.6Nm. Modenas Pulsar NS200 menawarkan perjalanan yang lebih lancar dengan penggunaan bahan bakar yang sempurna.
Modenas Pulsar NS200 adalah motosikal “street bike” jenis “naked” yang dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Selain itu, ia dilengkapi dengan penyerap teleskopik hadapan yang dilengkapi dengan sesendal atau “bush” anti geseran dan suspensi belakang jenis gas dari Nitrox. Gandingan system suspensi ini menawarkan pengalaman menunggang yang mantap dan menyeronokkan.
Harga jualan yang disyorkan untuk MODENAS Pulsar NS200 edisi 2021 ini adalah RM9,655 (tanpa insuran dan cukai jalan), harganya sama dengan varian sebelumnya. Motosikal itu akan tersedia di semua bilik pameran MODENAS yang sah pada bulan Oktober 2021.
Erywan
Wed Sep 29 2021
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.