Antarabangsa

MS-RT Bikin Van Sport Ford Transit

gempak
Erywan
04/12/2020
02:21 MYT
Sponsor Banner
MS-RT Bikin Van Sport Ford Transit
Firma modifikasi van di Wales, MS-RT muncul dengan tawaran van talaan edisi terhad Ford Transit Connect yang dijenamakan semula sebagai R120.
Hanya 30 unit van sporty itu akan dibina untuk pelanggan di United Kingdom dan enam unit bagi pasaran Ireland Utara. Semua van ini akan dicat warna putih iaitu Frozen White.
R120 dibangunkan daripada van panel versi Transit Connect tetapi pelanggan akan diberi pilihan sama ada jarak roda panjang atau pendek.
Selain itu, pelanggan boleh pilih sama ada konfigurasi dua atau versi tiga tempat duduk. Transmisi ditawarkan juga ada dua iaitu manual atau automatik. Spesifikasi lain ditentukan oleh MS-RT.
Van putih ini dihiasi dekal badan merah dan hitam serta diberi padanan rim aloi perlumbaan OZ Racing, perumah cermin sisi hitam dan ekzos empat muncung tona hitam. Ruang kabin menerima barisan kerusi yang dibalut dengan menggunakan material kulit berserta jahitan benang merah.
Selain itu, ada kemudahan paparan kamera undur dan alat pengecas telefon tanpa wayar. Stereng sport van ini diperbuat daripada gentian karbon.
Van ini juga didatangkan dengan ciri kawalan jelajah dan fungsi Ford Pass Connect. Aplikasi itu membolehkan pemilik memperoleh maklumat kenderaan mereka terus ke telefon pintar masing-masing. Sistem ekzos sport yang digunakan ialah Maxhaust.
Harga bagi model R120 adalah serendah £25,995 (RM141,200) dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 batu (mana-mana tiba dulu).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live