Jika ada wang dan mahu memiliki sebuah muzium kereta, inilah masanya.

Gateway Auto Museum yang terletak di Colorado, Amerika Syarikat kini dibuka untuk jualan bersama koleksi 40 buah kenderaan klasik. Koleksi itu sudah semestinya berdarah American Muscle.


Tarikan paling istimewa sudah semestinya model konsep Oldsmobile F-88 keluaran1954 yang menggunakan casis Chevrolet C1 Corvette.

Harga yang anda perlu bayar cuma untuk keseluruhan pakej muzium dan koleksi kereta ialah AS$279 juta (RM1.16 bilion).


Sebelum terlupa, muzium yang dijual ini termasuk keseluruhan Gateway Resort yang mempunyai keluasan 6,919 ekar.

Model kereta paling tua dalam koleksi ialah Cadillac Model H Coupe 1906. Selain itu, ia juga didatangkan bersama Ford Mustang Shelby GT500 1967, Plymouth Hemi Cuda 1970 dan Pontiac GTO Judge 1971.


Hartanah itu juga termasuk empat bidang tanah dan tiga unit kediaman termasuk sebuah rumah dengan lapan bilik tidur.

Ada juga sebuah perpustakaan dua tingkat dan menara pemerhatian bersama teleskop untuk melihat bintang di langit.