SUV berasaskan trak pikap Nissan Navara iaitu X-Terra diperkenalkan bagi pasaran Timur Tengah. Secara asasnya, ia merupakan versi facelift kepada Terra yang dilancarkan untuk pasaran ASEAN pada 2018. Jadi bermula tahun 2021, model ini akan dikenali secara rasmi sebagai X-Terra.
Seiring dengan nama baharu, X-Terra kini tampil lebih gagah jika dibandingkan dengan model terdahulu. Wajah hadapannya kini lebih mirip Nissan Patrol dengan gril V-motion yang mempunyai bingkai tebal dan bar krom melintang, serta sepasang lampu LED dengan grafik berbentuk C dan empat projektor ala kiub ais.
Di belakang, kelebaran SUV ini diserlahkan lagi dengan lampu LED melintang dan kemasan krom yang terletak di antara lampu tersebut. Sementara itu, rekaan bampar yang bersegi digunakan bagi menonjolkan lagi sifat agresif model ini. Turut disertakan adalah pemijak sisi krom, cermin sisi automatik dan rak bumbung. Bergantung pada gred, X-Terra mendapat rim aloi 17 atau 18 inci.
Rekaan ruang kabin dirombak semula dengan lebih banyak garisan melintang bagi menjadikan ia kelihatan lebih luas dan lebar. Antara kelengkapan yang disertakan secara standard termasuklah tempat duduk Zero Gravity, paparan TFT tujuh inci yang terletak di tengah-tengah kluster instrumen dan skrin sistem infotainmen berukuran sembilan inci.
Selain navigasi, sistem tersebut turut menawarkan Apple CarPlay, Android Auto dan ciri pengenalan suara yang adalah sebahagian daripada sistem Nissan Connect. Pengalaman mendengar muzik yang premium pula dibekalkan oleh sistem audio keluaran Bose. Ini diperhebatkan lagi dengan penggunaan bahan penebat bunyi di dalam ruang enjin dan kaca akustik pada cermin penghadang angin dan tingkap sisi.
X-Terra turut didatangkan Intelligent Rearview Mirror yang menggunakan kamera untuk memaparkan pandangan di bahagian belakang kenderaan. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan skrin bumbung berukuran 11 inci yang mempunyai sambungan HDMI untuk hiburan seisi keluarga.
Di bawah hud, terdapat enjin petrol 2.5-liter empat silinder yang menghasilkan 165hp dan 241Nm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda. Kebolehan pemanduan off-road dibekalkan menerusi ciri-ciri seperti Hill Start Assist, Hill Descent Control, Brake Limited Slip Differential dan Electronic Locking Rear Differential.
Sistem keselamatan yang disertakan pada model ini tidak kurang hebatnya dengan ciri-ciri bantuan pemandu seperti Lane Departure Warning, Blind Spot Warning, Intelligent Forward Collision Warning, Rear Cross Traffic Alert, Intelligent Driver Alertness dan Intelligent Emergency Braking. X-Terra akan memasuki pasaran Timur Tengah pada bulan Disember 2020 dengan harga bermula dari $27,200 (RM110,810).
Erywan
Tue Dec 01 2020
Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”
Ini kenyataan terbaharu Ruhainies.
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.