,
Terkini

Pelantikan Fan Bing Bing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Raih Pelbagai Reaksi Netizen: “Michael Ang Kan Ada…”

Gempak
29/05/2024
23:25 MYT
Nama pelakon popular dari China, Fan Bing Bing kembali meniti di bibir netizen selepas aktres yang terkenal menerusi filem X-Men: Days Of Future Past itu bakal dinamakan sebagai duta pelancongan negeri Melaka pada 25 Jun depan.

Duta

Menerusi hantaran BFM Radio di platform X baru-baru ini, pengurus kepada Fan Bing Bing dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Melaka bagi membincangkan lawatannya ke Melaka pada 14 hingga 16 Jun depan.

ARTIKEL PILIHAN: Ini Sebab Kenapa Jabatan Perikanan Malaysia Larang Makan Kupang Di Melaka

"Saya percaya kehadiran Fan Bing Bing, yang dilantik sebagai duta TMM 2024 akan menarik lebih ramai pelancong terutama dari China dan Asia untuk melawat Melaka," katanya.
Menerusi hantaran semula yang dibuat oleh pempengaruh Ceddy, pencipta kandungan itu menyifatkan pelantikan Fan Bing Bing itu sebagai satu yang ‘pelik’. “Alasan di sebalik pelantikannya (Bing Bing) sebagai duta dengan harapan untuk mendapatkan pelancong dari China adalah pelik kerana dia digam oleh China kerana skandal pengelakan cukai pada 2018.
“Dia melaporkan pendapatan yang lebih rendah dan mengelak sejumlah besar cukai dan dikantoikan oleh kerajaan,” katanya.
Menurut Ceddy, Fan Bing Bing pernah hilang daripada ‘radar’ ketika sedang dalam siasatan oleh kerajaan China.
“Selepas itu, dia hilang dari pandangan umum selama beberapa bulan semasa disiasat oleh pihak berkuasa China. Dia juga didenda kira-kira AS$120 juta (RM564 juta).
“Di China, ia dipanggil "封杀", pada asasnya dia berada dalam senarai block sebelum ia popular di sini.
“Adakah dia masih mempunyai kuasa bintang di sini? Saya fikir begitu kerana ramai orang menyanjungnya kerana dia cantik dan dia juga dalam pertunjukan yang sangat besar ketika itu.

“Mungkin orang tempatan akan cakap: ‘Omg tempat ni Fan Bing Bing pergi makan sebelum ni!’ Tetapi tidak pasti bagaimana perasaan pelancong dari China tentang perkara ini,” tulisnya.

Reaksi

Dalam pada itu, menerusi balasan netizen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan Ceddy. Tidak kurang, ada yang mencadangkan supaya figura berbangsa Cina tempatan dipilih untuk menjadi duta.
Sebelum ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Fan Bing Bing.
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi, baginda menyatakan artis wanita yang menjadi ikutan ramai di peringkat global, menghadap Sultan Ibrahim sebagai sebahagian daripada programnya sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34.
Sumber: Platform X Foto: Facebook Ab Rauf Yusoh

ARTIKEL BERKAITAN: Fan Bingbing Teruja Makan Durian Di PJ, Siap Belajar Minum Air Dari Pangsa!

ARTIKEL TRENDING: Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Berita

Hujan Sejak Pagi, Empat Kawasan Di Masjid Tanah Dilanda Banjir Kilat

gempak
11/08/2024
11:25 MYT
Empat kawasan di Masjid Tanah, Alor Gajah iaitu Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar, Taman Masjid Tanah Ria dan Durian Daun dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.
Viral

Tekak Sakit, Gatal-Gatal Selepas Berkumur, Aleeya Zailan Terkejut Kualiti Air Keruh Hotel Mewah Di Melaka

gempak
10/08/2024
08:55 MYT
Pengasas Avenys, Aleeya Zailan kesal dan terkejut apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka bertukar 'mimpi ngeri'.
Viral

Anak Hempuk Kepala Ibu Guna Helmet Dipenjara 5 Bulan!

gempak
08/08/2024
20:20 MYT
Tindakan kejam seorang lelaki menghempuk kepala ibu kandungnya dengan topi keledar, berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, pada Khamis.