Perodua Aruz memasuki pasaran eksport pertamanya di Singapura dengan harga pada masa pelancaran SGD92,999 (RM286,409), termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Certificate of Entitlement (COE).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Aruz adalah kenderaan tujuh tempat duduk pertama yang ditawarkan oleh Perodua di Singapura.
“Dengan jualan hampir 58,000 unit di Malaysia sejak pelancarannya pada 2019, Perodua Aruz merupakan SUV terlaris di Malaysia pada 2019 dan 2020.
“Kami berbesar hati dapat berkongsi kelebihan Aruz – antaranya ruang yang luas, tahap keselamatan yang tinggi, serba boleh, praktikal dan cekap bahan api – dengan jiran selatan kita,” katanya.
Enjin empat-silinder 1.5 liter Dual VVT-i dengan blok aluminium bergabung dengan transmisi automatik kawalan elektronik dan Eco Idle untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l.
Barisan tempat duduk kedua yang dibahagi 60:40 serta barisan ketiga yang dibahagi 50:50 boleh dilaras, dilipat dan digolek untuk menghasilkan pelbagai konfigurasi. Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), ISOFIX dan enam beg udara menyumbang kepada penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP.
Kelengkapan lain termasuk lampu hadapan LED, rim aloi dwi-tona 17-inci, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sistem infotainment skrin sesentuh dengan paparan kamera undur.
Perodua Aruz dijual oleh Perocom Auto Pte Ltd di pusat jualan dan servisnya di Ubi. Pengedar sah Perodua yang tunggal di Singapura sejak 1997, Perocom Auto telah menjual Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi generasi pertama dan ketiga, Viva, Axia dan Bezza di sana.
Selain Singapura, Perodua juga mengeksport ke Brunei, Sri Lanka, Mauritius, Seychelles, Fiji dan Indonesia (di mana Myvi dijual sebagai Daihatsu Sirion).
Erywan
Wed Apr 14 2021
Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”
Ini kenyataan terbaharu Ruhainies.
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.