Tempatan
Perodua jemput pemilik kereta jenamanya pandu di Litar Antarabangsa Sepang, bayaran RM20 sahaja!
Bersempena dengan penganjuran K-Car Global 2019, Perodua menjemput pelanggannya untuk memandu di Litar Antarabangsa Sepang pada penghujung minggu ini.
Acara K-Car Global adalah acara perlumbaan 24 jam yang dianjurkan setiap dua tahun bagi pemilik kenderaan K-Car berlumba di litar.
Selain berlumba, mereka yang mahu menyertainya untuk memandu di litar berkenaan perlu membayar serendah RM10 + 1000 UKoins menerusi aplikasi UFirst Perodua atau bayaran penuh RM20 sekiranya tidak mempunyai aplikasi UFirst.
Sesi itu akan berlangsung pada pagi 16 November 2019, dan harus diingatkan ia hanya terhad kepada 100 peserta terawal sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah 15 November jam 3 petang dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan di bawah:>> K-Car Global
Must-Watch Video