,
Tempatan

Perodua Sasar 240,000 Unit Jualan Pada 2021, Naik 9 Peratus Berbanding Tahun Lalu

Erywan
03/02/2021
04:23 MYT
Perodua menyasarkan untuk menjual 240,000 kenderaan pada 2021 dengan kenaikan 9 peratus daripada 220,163 unit yang dijual tahun lalu.
Ini berikutan permintaan tinggi bagi model-modelnya serta lanjutan pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Jualan 220,163 unit pada 2020 terdiri daripada 66,330 Myvi, 59,651 Axia, 56,996 Bezza, 22,494 Aruz, 14,691 Alza dan satu model lain berbanding jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 529,434 unit, memberikan Perodua 41.6% penguasaan pasaran.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, dengan pengecualian cukai jualan yang dilanjutkan sehingga akhir-Jun 2021, perkembangan vaksin COVID-19 baru-baru ini dan permintaan berterusan bagi semua model, pihaknya yakin 2021 akan menjadi tahun pemulihan.
Menurutnya, Perodua dan ekosistem automotif Malaysia menghargai segala sokongan kepada industri serta akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan dalam memastikan semua prosedur operasi standard berkaitan COVID-19 dipatuhi.
Katanya, pemulihan jualan Perodua yang dijangkakan, pihaknya menjangkakan pembelian komponen tempatan sebanyak RM6.5 bilion tahun ini.
“Di samping itu, berikutan pengakhiran 2020 yang lebih baik daripada jangkaan Perodua serta industri, kami ingin menambah stok kami dengan menaikkan sasaran pengeluaran kami kepada 272,000 kenderaan tahun ini – tertinggi dalam sejarah kami.
“Kenaikan ini akan membawa kepada penghantaran yang cepat pada tahun ini,” katanya.
Sasaran pengeluaran Perodua 2021 mewakili peningkatan sebanyak 23 peratus daripada 220,968 unit yang dikeluarkan pada 2020, dan dengan semua modelnya mengandungi lebih 90 peratus komponen tempatan, Perodua kekal menjadi pembeli komponen automotif terbesar di Malaysia.
Zainal turut berkata, Perodua juga menyasarkan peningkatan 20 peratus dalam pengambilan servisnya, daripada 2 juta unit pada 2020 kepada 2.4 juta unit pada 2021, terdiri daripada pelanggan semasa serta baharu.
“Dalam usaha kami untuk terus mendapatkan sokongan daripada pelanggan, Perodua akan mengubah pendekatan dalam segala aspek, baik dalam perhubungan pelanggan, nilai-nilai kami mahupun operasi kami terutama sekali di bahagian jualan kami,” katanya.
Beliau berkata pendekatan ini, yang dinamakan ‘Perodua Smart Build’, akan merevolusikan penawaran Perodua di samping meningkatkan lagi kemampuan operasi syarikat kereta kompak terbabit.
“Maklumat lanjut dan kesan inisiatif ‘Perodua Smart Build’ terhadap Perodua, rakan-rakan niaga kami, ekosistem automotif serta pelanggan kami yang dihargai akan diumumkan dalam waktu terdekat,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

gempak
18/04/2024
02:55 MYT
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Viral

Perodua Setuju Beli Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh, Pemilik Syukur - “Kerana Gula, Semut Bersatu”

gempak
06/01/2024
03:00 MYT
Perodua setuju beli Bezza rosak.
Viral

Isu Kereta Rosak Selepas 8 Jam, Pengguna Dakwa Kenyataan Media Perodua Tak Selesaikan Masalah

gempak
05/01/2024
01:55 MYT
Harap dapat diselesaikan segera
Viral

Perodua Beri Kenyataan Isu Pengguna Sempat Pakai Bezza 8 Jam Sebelum Kereta Rosak, Tak Siap Dibaiki Berbulan-Bulan

gempak
03/01/2024
15:42 MYT
Perodua akhirnya beri kenyataan
drebar

Jualan Perodua Terus Meningkat Pada September, Naik 102 Peratus

gempak
04/10/2021
07:34 MYT
Suku keempat 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya.
Unitar