,
Antarabangsa

Perodua Sumbang 10,000 Pelindung Muka Buatan Sendiri Di Sekitar Hulu Selangor dan Selayang

Erywan
29/07/2020
06:04 MYT
Di ​​sebalik pandemik COVID-19 yang masih berlangsung, Perodua memperluaskan inisiatif perlindungan awamnya dengan mengedarkan 10,000 lagi pelindung muka di daerah Hulu Selangor dan perbandaran Selayang.
Penerima di Hulu Selangor termasuk Pejabat Kesihatan Daerah, klinik-klinik komuniti dan pergigian, para penguatkuasa Jabatan Perlesenan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta para penjaja pasar pagi dan malam.
Perodua juga turut menyerahkan pelindung muka kepada Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan melalui mereka kepada para penjaja di kawasan tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan itu adalah tanda penghargaan kepada masyarakat yang menyokong dan menyambut baik Perodua selama 27 tahun bertapak di tempat berkenaan.
“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan dan entiti korporat yang bertanggungjawab, Perodua amat mengambil berat tentang keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat umum semasa pandemik COVID-19 ini.
“Sumbangan kami setakat ini telah mencecah 21,000 pelindung muka – kami berharap pelindung muka ini akan sentiasa dipakai oleh mereka yang bertugas dengan berani setiap hari untuk terus memberikan perkhidmatan, rawatan dan keperluan harian kepada kita semua,” katanya.
Bulan lalu, Perodua menyumbang kira-kira 11,000 pelindung muka kepada sekolah menengah di Putrajaya dan Hulu Selangor.
Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum. Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

gempak
18/04/2024
02:55 MYT
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Viral

Perodua Setuju Beli Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh, Pemilik Syukur - “Kerana Gula, Semut Bersatu”

gempak
06/01/2024
03:00 MYT
Perodua setuju beli Bezza rosak.
Viral

Isu Kereta Rosak Selepas 8 Jam, Pengguna Dakwa Kenyataan Media Perodua Tak Selesaikan Masalah

gempak
05/01/2024
01:55 MYT
Harap dapat diselesaikan segera
Viral

Perodua Beri Kenyataan Isu Pengguna Sempat Pakai Bezza 8 Jam Sebelum Kereta Rosak, Tak Siap Dibaiki Berbulan-Bulan

gempak
03/01/2024
15:42 MYT
Perodua akhirnya beri kenyataan
drebar

Jualan Perodua Terus Meningkat Pada September, Naik 102 Peratus

gempak
04/10/2021
07:34 MYT
Suku keempat 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya.