Antarabangsa
PROTON Kembali Beroperasi Secara Berperingkat Bermula Esok
Berhubung pengumuman oleh Perdana Menteri pada 1 Mei yang lalu, PROTON akan kembali menjalankan operasi Syarikat secara berperingkat bermula esok.
Proses pembukaan ini akan mematuhi setiap arahan dan syarat seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa. PROTON juga akan membuka semula pusat jualan dan servis pada 5 Mei 2020.
Pembukaan ini tertakluk pada cawangan- cawangan yang terletak di zon kuning dan hijau. Setiap proses turut akan mematuhi keperluan yang ditetapkan.
Semua premis dan kakitangan perlu mematuhi protokol keselamatan yang ketat seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dalam usaha untuk mengekang penyebaran virus COVID-19.
Selain daripada pusat pameran, PROTON juga akan memulakan operasi pengeluaran di kilang-kilangnya di Tanjung Malim dan Shah Alam secara berperingkat bermula esok. Pejabat korporat di Pusat Kecemerlangan (COE) juga akan mula beroperasi, tetapi akan mempraktikkan amalan kerja baharu bagi meminimakan risiko jangkitan.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, syarikatnya akan kembali memulakan semua aktiviti perniagaan secara berperingkat.
“Namun, kami tetap akan mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan kami dan selari dengan seruan Perdana Menteri untuk menyesuaikan keadaan dengan norma baharu, kami akan memperkenalkan satu protokol khas di semua kawasan,” katanya.
Must-Watch Video