Antarabangsa

Proton X50 Laku Keras! Terima 27,400 Unit Tempahan Sehingga Oktober Lalu

gempak
Erywan
03/11/2020
04:29 MYT
Sponsor Banner
Proton X50 Laku Keras! Terima 27,400 Unit Tempahan Sehingga Oktober Lalu
Syarikat automotif nasional, PROTON, meningkatkan momentum jualannya, sekali gus memulakan suku terakhir tahun ini dengan cemerlang apabila jumlah jualan bertambah untuk bulan kelima berturut-turut.
Dengan jualan 11,392 unit (pasaran tempatan dan eksport), jumlah keseluruhan bulan Oktober telah bertambah sebanyak 20 peratus berbanding dengan bulan yang sama pada 2019, tetapi turun 4.6 peratus berbanding dengan bulan September.
Sebanyak 84,999 unit sudah dijual secara keseluruhan bagi tahun 2020, penambahan sebanyak 6.2 peratus berbanding tahun lalu, pegangan pasaran dianggarkan mencapai 21.3 peratus.
Walaupun jualan pada bulan Oktober menurun berbanding dengan bulan sebelumnya, tiga model Proton masih lagi mendahului segmen mereka. Proton Persona, yang menghadapi sebilangan pesaing baru pada tahun 2020, tetap mendahului pasaran sedan segmen-B dengan 2,360 unit manakala Proton X70 pula telah mencapai 2,216 unit untuk kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia.
Proton Exora juga kekal di hadapan pasaran MPV segmen-C, membuktikan pasaran untuk kenderaan besar yang mempunyai tujuh tempat duduk masih wujud walaupun jualan SUV semakin menambah.
Sementara itu, Proton X50, yang dilancarkan pada 27 Oktober, menerima sambutan yang amat memberangsangkan dari pembeli di Malaysia. Sebanyak 27,400 tempahan diterima setakat akhir bulan lalu dan pada masa yang sama, penghantaran kenderaan sebanyak 447 unit sudah selamat dihantar ke pembeli.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live