Pusat Servis Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Ibu Pejabat Sungai Buloh, Selangor akan mula beroperasi pada hari ini.

Pusat servis itu dibuka dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang bermula Isnin sehingga Jumaat.

Buat masa ini, ia hanya dibuka untuk tujuan membaiki dan servis motosikal atau membuat tuntutan jaminan. Pusat Alat Ganti dan Kaunter Jualan Alat Ganti masih ditutup sehingga dimaklumkan kelak.



Selain itu, pusat servis cawangan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Pahang masih lagi ditutup dan pembukaannya akan dimaklumkan kelak. Sebelum ke sana, anda perlu membuat panggilan untuk temujanji terlebih dahulu dan walk-in tidak dibenarkan.

Pada masa sama, beberapa peraturan perlu diikuti bagi memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja.