Tekno
Reka Bentuk Tesla Cybertruck Kini Pada ‘Casing’ iPhone 11 Pro, Guna Titanium Dan Harganya Tidak Murah!
Tesla Cybertruck kini semakin popular dan menjadi inspirasi kepada beberapa syarikat lain untuk menghasilkan bentuk seperti jentera berkenaan.
Reka bentuk yang agak pelik itu juga ‘ditiru’ bekas sarung telefon (casing) diperbuat daripada Caviar dan dipanggil Cyberphone.
Caviar Cyberphone itu boleh digunakan bagi model iPhone 11 Pro sehingga 11 Pro Max. Ia diperbuat dengan rekaan yang ekstrem cukup kemas. Bahagian luaran diperbuat daripada titanium dan ditambah beberapa kepingan logam di kelilingnya.
Apa yang yang menariknya, penutup hadapan boleh dibuka dan menjadi tapak untuk meletak telefon secara menegak.
Buat masa ini, Caviar tidak mendedahkan harga bekas sarung telefon itu, tetapi dipercayai ia tidak murah. Ini kerana, Caviar pernah menawarkan bekas sarung telefon yang bertakhta berlian dan dibaluti emas berharga USD100,000 (RM408,700).
Siapa yang berminat untuk memilikinya, anda boleh melayari laman sesawang Caviar.
Must-Watch Video