,
Antarabangsa

Rolls-Royce Red Phantom hanya satu ada di dunia, cat dengan partikel kristal

Erywan
11/12/2019
01:53 MYT
Setiap Rolls-Royce yang dibina adalah unik dan model ‘one-off’ yang dikenali sebagai Red Phantom ini juga tidak terkecuali.
Dihasilkan khas untuk organisasi (RED) dalam usahanya menentang penyakit AIDS, Red Phantom yang diperkenalkan secara rasmi pada acara gala di One Thousand Museum, Miami pada 4 Disember lalu. Kereta ini kemudiannya akan diletak untuk lelongan dalam talian menerusi laman sesawang sothebys.com sehingga 13 Disember. Pembida yang berjaya meletakkan harga tertinggi bukan sahaja dapat memiliki sebuah Phantom yang lain daripada yang lain, malah berpeluang bekerjasama dengan artis kontemporari terkenal, Mickalene Thomas untuk proses kustom. Apa yang menjadikan Red Phantom lain daripada yang lain adalah warna luaran Magma Red yang dihiasi dengan partikel kristal bagi menghasilkan imej yang bergermelapan. Warna merah tersebut dihasilkan menerusi lima lapisan cat, setiap satunya digilap dengan tangan selama lebih lima jam. Di dalam, kenderaan ini menampilkan upholsteri kulit Arctic White dengan perincian berwarna Mugello Red. Warna yang sama turut digunakan pada bumbung Starlight yang mempunyai 1,600 lampu gentian optik yang menghasilkan efek kelipan bintang. Seperti kenderaan Rolls-Royce yang lain, setiap panel kayu yang digunakan dipilih oleh pakar dan dikemaskan dengan enam lapisan lakuer. Turut disertakan adalah plat kustom ulang tahun ke-115 Rolls-Royce.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar