Modifikasi

Subaru Impreza Badan Lebar, Nasib Baik Tidak Jenis ‘Tayar Kankang’

gempak
Erywan
01/06/2020
08:35 MYT
Sponsor Banner
Subaru Impreza Badan Lebar, Nasib Baik Tidak Jenis ‘Tayar Kankang’
Secara tradisional Subaru Impreza adalah jentera yang lasak selepas kelibatnya banyak menyertai sukan rali di seluruh dunia.
Tetapi ini? Model yang anda lihat ini tampil berbeza dan ia adalah hasil karya, Jitpaphat dari Bangkok, Thailand. Pemiliknya menggunakan inspirasi siluet terkenal dan secara efektif menjadikannya kereta lumba Hot Wheels saiz sebenar.
Impreza hatchback itu memakai kit badan lip depan yang lebar dari AZC, lengkungan arca yang luas dan bawahnya tersedia tayar lebar.
Ia adalah pemisah untuk rim OZ Futura dengan ukuran tayar 9.75x18 inci di bahagian depan, dan satu inci lebih lebar di belakang. Kemudian digabungkan dengan talaan pengendalian suspensi udara yang dipesan khas dari Airsus, sekali gus menyerlahkan bahagian belakang yang menggiurkan.
Kemudian luaran Impreza diserlahkan dengan skirting sisi dan belakang. Subaru Impreza spesifikasi Thailand itu menggunakan enjin EJ20 2.0L dan tentunya Jitpaphat tidak membiarkan stok janakuasa berkenaan dibiar begitu sahaja.
Di bawah hud merah itu, boleh melihat turbo berkilat TD05 20G bersama penapis udara HKS dan HKS BOV. Di samping itu, pemiliknya juga menggunakan omboh CP dan sistem ekzos keluli tahan karat kustom penuh.
Walaupun kuasanya tidak pernah diuji, tentunya hasil talaan enjin itu bakal menghamburkan kuasa yang mantap ditambah dengan padanan suntikan HKS bersama transmisi 5-kelajuan dengan LSD serta klac plat berkembar OS Giken. Keupayaan menghentikan jentera itu diserahkan kepada brek Brembo STI.
Masuk ke kabin, ia dipasang dengan kerusi Recaro Sportster CS menggunakan material Alcantara bersama paparan meter Defi Sports Paparan F, Defi Advance ZD, Defi BF dan kawalan boost GReddy Profec.
Tidak ketinggalan tiga baris meter di atas papan pemuka menampilkan tekanan minyak, suhu minyak dan air sementara di sebelahnya tersedia Defi Advance ZD yang mana skrin OLED itu memaparkan konfigurasi bacaan termasuklah kelajuan, suhu ekzos, tekanan minyak dan lain-lain.
Bagi Defi Sports Display F yang diletakkan di atas kepala pemandu pula mempamerkan data OBD-II, G-meter dan banyak lagi.
Jadi apa saja bacaan yang Jitpaphat mahukan boleh dilihat sendiri di depannya. Tentunya memandu model sedan kengkang itu tidaklah mempengaruhi keselesaan pemanduan di jalan Bangkok seperti mana kita ketahui jalan raya ibu negara jiran itu jauh lebih baik berbanding negara jirannya.
Sumber: www.fastcar.co.uk
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live