Ketika dunia sedang dilanda wabak Covid-19 ia tidak menghalang Subaru Technica International Co Ltd untuk menawarkan jentera istimewanya menerusi WRX S4 STI Sport #.
Jentera itu mempunyai banyak perbezaan untuk memberi pengendalian dan kuasa lebih baik. Lebih istimewanya, ia hanya ditawarkan sebanyak 500 unit sahaja di Jepun dan kini boleh ditempah sebelum diserahkan kepada pelanggan pada Oktober ini.
Subaru WRX S4 STI Sport # diperhalusi dari segi pengendalian untuk mengurangkan kelewatan tindak balas stereng ketika di selekoh, sekali gus memberi keseronokan dan keselesaan memandu.
Tujuan ia dihasilkan untuk memberi gaya pemanduan lebih agresif bagi memendekkan sasaran masa di litar. Pada masa sama ia juga tidak mengorbankan keselesaan buat pemandu dan penumpang lain.
Bagi memberi kejituan dalam pengendalian, WRX S4 STI Sport # dilengkapi dengan tiga komponen baharu membabitkan ‘Flexible tower bar front’ ‘Flexible draw stiffener front’ dan ‘Flexible draw stiffener rear’.
Bahagian enjinnya pula ditingkatkan dengan menukar penapis udara yang kurang rintangan serta sistem ekzos dinaik taraf, ia sekali gus mampu meningkatkan tork sebanyak 10 peratus.
Biarpun sistem ekzos sudah ditukar, tahap kedapan bunyi turut dipertingkatkan untuk memberi ketenangan kepada pemandu dan penumpang di dalam ruang kabin. Justeru itu, ia ditambah bahan penyerap bunyi yang lebih tebal untuk mengurangkan kebisingan berbanding model STI lain.
Bagi meningkatkan aerodinamik, beberapa kit badan kini dilengkapi pada model berkenaan. Ia boleh dilihat pada spoiler hadapan, outlet pada bampar belakang serta skirt pada bahagian sisi. Penambahan kit badan itu sedikit sebanyak memberi tindak balas stereng serta kestabilan jentera yang lebih baik.
Buat masa ini, harganya masih belum diumumkan lagi. Bagaimanapun, pastinya jentera itu akan menjadi pilihan buat mereka yang suka menikmati pemanduan dan prestasi lebih agresif. 'Kita tunggu model recon jer la kan'
Erywan
Thu May 28 2020

.jpg?ext=.jpg)
Shuk Sahar Datang Mahkamah Syariah? Netizen; "Dia Yang Menyakiti Tapi Seolah Dia Disakiti"
Apa pun selepas ini semoga baik-baik sahaja

"Saya Pernah Berdepan Insan Narsis & Diperlakukan Dengan Teruk" - Elizabeth Tan
Elizabeth Tan dan Zynakal bergabung dalam lagu baru berjudul Narsis.
.jpg?ext=.jpg)
Peserta Ceria Popstar Xtra Menangis Kena Marah Mas Idayu, Ini Sebenarnya Yang Berlaku
Mas Idayu marah peserta

Peminat Mahu Pengarah Syahmi Sazli Jadi Pelapis Generasi Arwah Mamat Khalid - “Hang Boleh Pergi Jauh”
Memang ada potensi
.jpg?ext=.jpg)
“Usia Kandungan Memasuki 5 Bulan…”- Penyanyi Azzam Sham Kongsi Berita Isteri Hamil
Tahnaih Azzam dan Sheryl

Karaoke Superstar Minggu 4 - Highlight & Komen Juri
Amir Masdi! Otai masih berbisa dan Datuk Yusuf Haslam jadi juri di Episod 4 Karaoke Superstar kali ni guys! Jom enjoy! Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my

Musyi Terkejut Kena Serang Wanita Luar Kedai Makan - "Dia Warning Suruh Berhenti Menggatal Dengan Suami ..."
Alamak! Dah kenapa pula tu?
![[VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee? [VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/menintai-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee?
Old school sangat lagu ni ey...

Ippo Hafiz Lahir Rasa Syukur Isteri Kini Bertudung - “Isteri Saya Bertudung Atas Kerelaannya Sendiri”
Alhamdulillah...
![[VIDEO] “Allah Sedang Uji Rumah Tangga Mereka…” – Netizen Doa Syamsul Dan Sarah Kembali Bersama [VIDEO] “Allah Sedang Uji Rumah Tangga Mereka…” – Netizen Doa Syamsul Dan Sarah Kembali Bersama](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(21)_1.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Allah Sedang Uji Rumah Tangga Mereka…” – Netizen Doa Syamsul Dan Sarah Kembali Bersama
Semoga berbaik semula untuk anak-anak