Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.

Menurut Naim, pihaknya masih lagi di dalam proses perbincangan dan akan mengumumkan kesahihan perkara tersebut kelak.

"Hal ini masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusan, jadi apa-apa perkembangan saya akan kongsi nanti.

"Perkara ini masih sulit dan ia antara saya dan pihak pengurusan sahaja. Jadi, saya masih tidak boleh kongsi apa-apa lagi sebab benda itu pun masih dalam perbincangan dan saya pun masih menanti update," katanya kepada Gempak.

Naim pentingkan profesionalisme


Dalam pada itu, Naim turut menjelaskan bahawa dia sangat mementingkan kerja dan masih mengekalkan etika professionalisme semasa bekerja.

"Saya tiada masalah langsung cuma apa-apa pun saya memang utamakan kerja saya dahulu, mana-mana yang datang dulu, yang perlu saya utamakan saya buat itu dulu.

"Saya okay sahaja untuk bekerja dengan sesiapa pun, tiada isu seperti saya buat perangai ke apa, tapi apa-apa pun kita doa yang baik-baik sahaja.

"Tapi saya rasa professionalisme saya tidak akan terjejas pun asalkan orang tahu saya macam mana," tambahnya.

Bukan takut bersaing


Bagaimanapun, penyanyi berusia 26 tahun itu menafikan dakwaan 'takut untuk bersaing' bersama peserta lain sebagai alasan dirinya bertindak untuk mengundurkan diri.

"Sebab sebelum ini pun saya pernah sertai reality show dan memang takde masalah pun untuk saya.

"Jadi there's no such thing as saya takut nak bersaing dan apa-apa yang melibatkan saya rasa benda itu tidak bersebab.

"Bagi saya kalau ada apa-apa yang berlaku mesti akan ada alasan yang kukuh, bukannya kita nak buat keputusan melulu," jelasnya lagi.


Berita Trending: Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku…

Berita Trending: Netizen Mohon Boikot Aliff Aziz - “Tolong Jadi Macam Korea Artis Buat…