Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suzuki Jepun Perkenalkan Dua Model Sportbike Replika MotoGP, Pembaharuan Sekadar Kosmetik Sahaja

Erywan
07/04/2020 04:27 MYT
Suzuki Motor Corporation terpaksa memperkenalkan liveri badan baharu untuk model sportbike GSX-R150 dan GSX-R125 menerusi laman maya disebabkan krisis koronavirus, baru-baru ini.


(Suzuki GSX-R125)

Dikenali sebagai varian replika ulang tahun ke-100 Ecstar MotoGP, kedua-dua model sportbike ini memakai seragam dua tona sama seperti jentera lumba MotoGP tunggangan Alex Rins dan Joan Mir.

Bahagian atas dan bawah diwarnakan biru metalik aloi, manakala ditengah-tengah dipadankan dengan tona kelabu.


(Suzuki GSX-R150)

Liveri Suzuki Ecstar bersaiz besar dipapar pada sisi badan motosikal. Selain itu, paparan Suzuki Ecstar juga dikenakan di atas lampu utama. Enjin dan transmisi kedua-dua model sportbike Suzuki ini dipercayai tidak mendapat pakej naik taraf baharu. Mungkin pembaharuan sekadar kosmetik semata-mata.



Suzuki Motor Corporation menyabut ulang tahun ke-100 tahun ini pada 15 Mac. Sejarahnya bermula pada 1909 apabila Michio Suzuki mengasaskan Suzuki Loom Works.

Syarikat itu adalah pencetus kepada penubuhan Suzuki Loom Manufacturing Company pada 15 Mac 1920 di Hamamatsu, Shizuoka. Sejak itu, Suzuki kembang perniagaan daripada peralatan mesin tenunan kepada motosikal, kereta dan ATV.



Namanya kemudian berubah menjadi Suzuki Motor Co Ltd pada 1954, selepas melancarkan kenderaan mini pertama berskala besar-besaran iaitu Suzulight di Jepun.

Syarikat mengubah nama kepada Suzuki Motor Corporation pada 1990 dan terus mengembangkan perniagaan dan globalisasi. Cumanya, di Malaysia, hayatnya tidak kekal lama.



Sumber: TMCBlog dan Pertamax7

;