Tempatan
Toyota GR Yaris Kereta Tahunan Terbaik UK
Anugerah Kereta Tahunan UK baru-baru ini, mengumumkan 12 pemenang kategori kenderaan sekali gus menobatkan Toyota GR Yaris sebagai Kereta Tahunan Terbaik (2021).
Supermini hot hatch terbabit menjadi pilihan juri mengalahkan Land Rover Defender, Ford Puma dan Volkswagen ID.3 pada undian pusingan akhir. Toyota Yaris GR turut menjadi pemenang kategori Kereta Prestasi Terbaik, manakala versi standard dinamakan sebagai Supermini Terbaik.
Pengarah Kereta Tahunan Terbaik UK, John Challen berkata, GR Yaris memancarkan emosi sama yang boleh ditemui pada hot hatch asli dengan talaan moden terima kasih kepada teknologi automotif termaju masa kini.
“Pemanduan paling menyeronokkan saya pernah rasa selama bertahun-tahun," katanya.
Penilaian dijalankan pada model kenderaan Januari hingga Disember tahun lalu yang terdiri daripada 29 juri tahun ini.
Senarai Kenderaan Terbaik Tahunan UK
- Kereta Bandar Terbaik: Honda e
- Supermini Terbaik: Toyota Yaris
- Hatch Kecil Terbaik: Volkswagen ID.3
- Kereta Keluarga Terbaik: Skoda Octavia
- Kereta Mewah Terbaik: Mercedes Benz S Class
- Kereta Estate Terbaik: Skoda Octavia Estate
- Crossover Kecil Terbaik: Ford Puma
- Crossover Medium Terbaik: Ford Kuga
- Crossover Medium Terbaik: Land Rover Defender
- Coupe Terbaik: BMW 4 Series
- Open Top Terbaik: Lexus LC Convertible
- Kereta Prestasi Terbaik: Toyota GR Yaris
Must-Watch Video