Watch

Toyota Hiace gaya dua negara

gempak
Public Anonymous User
24/02/2018
02:26 MYT
Sponsor Banner
Toyota Hiace gaya dua negara
Diberi gelaran Coklat, sebuah van yang asalnya kenderaan rasmi sebuah syarikat pengawal keselamatan kini berubah menjadi jentera autoshow dengan konsep gaya VIP.
Toyota Hiace 1RZH keluaran 2001 milik Abang Bob atau digelar 'Abang Bob Van Siam' cukup unik dan berbeza apabila diubah suai dengan menggabungkan konsep dua negara iaitu Thailand serta Jepun.
Proses modifikasi itu bermula pada 2009 selepas 'diracun' dengan sebuah laman sosial Japan Hiace Club.
Berpandukan beberapa jentera yang disiarkan, Abang Bob mula mengimport kit badan Super Fabulous dari negara matahari terbit untuk dihiasi pada Toyota Hiace miliknya.
Tidak cukup dengan kit badan, beberapa lagi komponen lain seperti lampu, cermin jentera dan cermin sisi turut digantikan daripada Toyota Hiace LH 113 yang juga diimport khas dari Jepun.
Paling unik dua bumbung matahari yang diambil dari Toyota Hiace spesifikasi Jepun dan Toyota Alphard. Ternyata ia memberi satu kelainan bagi van yang sebelum ini menjadi kenderaan rasmi syarikat pengawal keselamatan.
Bagi kelihatan seperti gaya jentera autoshow dari Thailand, van berkenaan dipasang sistem suspensi udara di mana tahap tinggi dan rendah boleh dilaras dengan menekan butang khas atau menggunakan butang kawalan jauh.
Jika masuk ke ruang kabin, mungkin anda tidak menyangka ia sebuah van tempatan yang dibuat semula dengan konsep gaya mewah.
Seluruh ruang berkenaan menerima sentuhan fabrik warna coklat yang menggunakan material tempahan khas supaya tampak kemas, selain dipenuhi sistem audio berkualiti.
Baca juga:
>>Toyota Hiace 'jantung' GT-R.
Sistem audio itu boleh dilihat di bahagian belakang van sebaik membuka butnya. Yang pasti ia akan membuat anda terpegun apabila melihat 16 pembesar suara pelbagai saiz yang tersusun kemas.
Ia dikawal oleh dua pemain cakera Kenwood yang kemudiannya dihubungkan dengan monoblok Q-Mobile 6,600watt dan dua amplifier dua hala Q-Mobile serta Sony.
Menaruh kepercayaan kualiti bunyi daripada jenama Q-Mobile yang menggunakan empat woofer bersaiz 12 inci, empat mid bersaiz 6 inci serta dua hon twiter bagi memberikan kualiti bunyi terbaik.
Baca juga:
>>Toyota Hiace Grafam Gren GT.
Menurut Abang Bob, dia masih mengekalkan enjin asal, cuma ubah suai semula kotak gear manual bagi membolehkan jentera itu beraksi dengan cemerlang.
Ketika ditanya berapa kos yang digunakan untuk mengubahsuai van berkenaan, dia memaklumkan sudah mengeluarkan belanja lebih RM60,000.
Namun, Abang Bob puas hati dengan van itu apabila ia memberi tuah selepas banyak kali memenangi pertandingan kenderaan cantik yang disertainya dan dinobat lebih 30 kali bagi kenderaan ‘Best Of The Best’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024