Antarabangsa

Toyota Hilux 2020 Lebih Garang Dengan Enjin Dan Ciri Keselamatan Dinaik Taraf

Erywan
08/10/2020
03:00 MYT
Trak pikap paling laris di Malaysia, Toyota Hilux 2020 akhirnya dilancarkan secara rasminya selepas dibuka untuk tempahan pada 3 ogos lalu.
Generasi kelapan trak pikap itu kini sudah dua kali menjalani facelift dengan yang pertamanya pada 2017 selepas mula dilancarkan pada 2015. Selain daripada penampilan luar dan dalam yang lebih segar, ia turut membabitkan peningkatan dari segi prestasi dan juga sistem keselamatan.
Lima Varian Ditawarkan:
  • Hilux Rogue 2.8 Double Cab AT (Flagship)
  • Hilux 2.4 V AT Double Cab
  • Hilux 2.4 E AT Double Cab
  • Hilux 2.4 G MT Double Cab
  • Hilux 2.4 MT Single Cab
Hilux baru ini menampilkan penggayaan yang lebih menarik dengan gril depan rekaan baru serta elemen visual lain yang lebih menonjol. Di dalam, suasananya lebih premium dengan sentuhan perincian kemasan baru. Bagi varian flagship Hilux Rogue, suasana premium dalam kabin diserikan lagi dengan pencahayaan pintu warna biru.
Di dalam kabin, terdapat sehingga tujuh beg udara tersedia bagi mengurangkan kecederaan kepada penumpang sekiranya berlaku kemalangan. Pengingat tali keledar kini mempunyai sensor bagi bahagian depan dan belakang dan ISOFIX disediakan di belakang bagi memudahkan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak.
Prestasi Lebih Baik Berbanding Sebelumnya
Bagi varian flagship, enjin 2.8 liter turbodiesel pada Hilux Rogue juga menerima penambah baikan teknikal yang memberikan peningkatan kuasa dan tork. Janaan kuasa maksimum kini ialah 204PS sementara tork maksimum ialah 500 Nm, selain jimat minyak sehingga empat peratus kepada purata 10.9 km bagi setiap liter.
Enjin 2.4 liter yang turut memiliki ciri Variable Nozzle Turbocharger (VNT) dan intercooler serta sistem common-rail. Tekanan lebih tinggi pada sistem common-rail berkenaan, penjimatan minyak dapat ditingkatkan sebanyak lima peratus.
Semua varian menggunakan transmisi enam kelajuan; bagi varian Double Cab, hanya transmisi automatik dengan Sequential Shift ditawarkan, sementara Hilux Single Cab menjadi satu- satunya yang menggunakan transmisi manual.
Dua mod pemanduan boleh dipilih oleh pemandu, sama ada bagi mengutamakan penjimatan minyak atau untuk kuasa pecutan. Kedua-duanya boleh dipilih dalam keadaan kenderaan bergerak melalui suis rotari.
Penyelenggaraan 5,000 Kepada 10,000km
Sebagai tambahan, enjin yang dipertingkatkan ini membolehkan tempoh antara servis yang lebih panjang, daripada 5,000 km / tiga bulan sebelum ini kepada 10,000 km / enam bulan, dan menyumbang kepada penjimatan kos penyelenggaraan.
Setiap varian Hilux didatangkan dengan sistem pencegahan kecurian tersendiri, meliputi immobilizer enjin, penggera dan sensor pencerobohan kabin. Selain itu, sistem telematik kenderaan (VTS) turut dipasang sebagai ciri standard pada Hilux Rogue dan 2.4 V (ditawarkan sebagai pilihan bagi varian lain) bertujuan membolehkan pengesanan kedudukan kenderaan dalam masa nyata menggunakan isyarat GPS.
Stabil Dan Cengkaman Lebih Baik
Untuk kestabilan dan cengkaman yang lebih baik dalam keadaan jalan off-road, tersedia ciri Auto Limited Slip Differential (Auto LSD) yang menggunakan Sistem Kawalan Cengkaman (TRC) untuk mengawal brek dan janaan enjin ketika satu daripada roda belakang mula kehilangan cengkaman. Auto LSD ini berfungsi dengan lebih pantas jika dibandingkan dengan sistem 4x4 mekanikal.
Walaupun dengan kemampuan tahan lasak, Hilux tetap selesa untuk kegunaan harian. Aspek keselesaan diberikan penambahbaikan melalui pelbagai cara, termasuk mengoptimumkan mount kabin untuk mengurangkan gegaran serta bunyi bising daripada memasuki kabin.
Bantuan kuasa bagi rak dan tiang pada sistem stereng Hilux baru ini (kecuali pada varian Single Cab) kini mempunyai Sistem Kawalan Aliran Boleh Ubah (VFC) dengan bebanan yang kurang terhadap pam stereng kuasa, dan menyumbang kepada penjimatan bahan api.
Toyota Safety Sense
Selari dengan matlamat Toyota untuk menjadikan kenderaan lebih selamat dan mengurangkan kemalangan, Hilux Rogue turut dilengkapi Toyota Safety Sense (TSS). Sistem berkenaan terdiri daripada tiga ciri yang membantu pemandu membabitkan:
  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC)
  • Amaran Penukaran Lorong (LDA) dengan Bantuan Brek dan Stereng
Beberapa sistem bantuan pemandu yang lain (bergantung kepada varian) turut tersedia termasuk Peninjau Titik Buta dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang, Kawalan Bantuan Menuruni Curam, Kawalan Mula Mendaki, Kawalan Olengan, Kawalan Kestabilan dan Kawalan Cengkaman dan sudah tentu, ABS dengan Agihan Daya Brek.
Tujuh Pilihan Warna
  • Bronze Mica Metallic (warna baru)
  • Crimson Spark Red Metallic
  • Attitude Black Mica
  • Phantom Brown Metallic
  • Medium Silver Metallic
  • Silver Metallic
  • Super White II.
  • Solid White (Hanya ​Hilux Single Cab)
Barisan model Hilux terbaru kini boleh ditinjau dan diuji di semua bilik pameran rasmi Toyota seluruh negara. Ansuran bulanannya bermula dari serendah RM788 dengan tambahan RM89 untuk pakej Toyota Service Savers melalui pembiayaan Toyota EZ Beli (bergantung kepada varian dan tertakluk kepada terma dan syarat).
Harga Toyota Hilux Mengikut Varian:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pernah Tular Bagi Makan Anjing, Kini Pemuda Ini Berjaya Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota

gempak
27/03/2023
01:41 MYT
Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota
Laman Utama

Kereta Terbabas Masa Race, Nabila Razali Alami Hyperventilation

gempak
23/03/2022
03:55 MYT
Hati-hati okey Bella...
Laman Utama

“Avanza 2022, Bukan Lagi Kereta Ustazah”- Ramai Tak Sabar Toyota Baru Masuk Malaysia?

gempak
17/03/2022
13:37 MYT
Amboi mengancam jugak Avanza baru tu!
Laman Utama

Tekan Minyak, Rempuh Gerai & Kereta? Rupanya Pemandu Ini Pitam Semasa Memandu Gara-Gara Tidak Mengambil…

gempak
27/10/2021
17:05 MYT
Al kisahhh
drebar

Lebih 2 Juta Penonton Dalam Talian Menyaksikan Pusingan 2 Cabaran Vios di Litar Antarabangsa Sepang

gempak
25/10/2021
06:01 MYT
Perlumbaan kali ini diadakan dalam kedua-dua keadaan basah dan kering sekali gus menjadi persaingan sengit.