Toyota muncul lagi dengan satu opsyen warna terbaharu untuk pelanggan yang bercadang untuk membeli model Toyota Supra. Malangnya, tawaran ini dibuat khas di orang Jepun sahaja.

Jentera sport coupe itu yang disaluti warna Matte Storm Gray dan bilangan yang akan dihasilkan cuma dihadkan kepada 24 unit.


Toyota Supra Matte Storm Gray itu membabitkan siri RZ iaitu varian paling tinggi dalam kelasnya di Jepun. Jentera itu menggunakan enjin enam silinder sebaris dengan komponen pengecas turbo.

Percaya atau tidak, ini adalah kali pertama Toyota menjual kereta dengan cat jenis matte.


Presiden Syarikat Gazoo Racing, Shigeki Tomoyama berkata, model itu memerlukan proses mengecat rumit dan bilangan yang dihasilkan amat terhad.

“Oleh sebab itu, kami akan membuat undian lot tidak lama lagi,” katanya.


Ini bermaksud satu acara cabutan akan diadakan untuk menentukan siapakah pelanggan terpilih yang boleh membeli Supra unik itu.

Selain pilihan warna baru, semua perkara dan komponen adalah sama seperti Supra lain.