,
Tempatan

UMW Toyota Labur RM270 juta Perluaskan Operasi Dan Kemudahan Pengeluaran, Bakal Lancar HEV Untuk Pasaran Tempatan

Erywan
06/07/2021
04:37 MYT
Dengan sejarah 52 tahun pengeluaran kenderaan Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan perancangan penting untuk masa depan industri automatif tempatan dengan menjadi pelopor bagi usaha neutraliti karbon dengan pengeluaran massa kenderaan hibrid elektrik (HEV).
Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, arah tuju global Toyota adalah untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050.
Menurutnya, ia juga selari dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadikan sebuah negara progresif dengan mempromosi lebih banyak teknologi hijau dan alam sekitar yang mapan.
"Ini adalah waktu yang menarik bagi industri automotif Malaysia, dan UMW Toyota Motor bersedia untuk menjadi pelopor kepada impian itu.
"Untuk mencapainya dengan penyelesaian paling realistik, praktikal dan segera adalah melalui teknologi dan kenderaan hibrid elektrik Toyota," katanya.
Pada April lalu, Toyota mengumumkan strategi kenderaan elektrik yang akan membawa kepada pengenalan 15 kenderaan bateri-elektrik (BEV) menjelang 2025, termasuk kenderaan yang dikuasakan oleh fuel-cell hidrogen elektrik, bateri-elektrik dan hibrid elektrik, ke arah menawarkan kepelbagaian pilihan kepada pelanggan.
Untuk memanfaatkan visi ini, UMW Toyota Motor akan melaburkan sejumlah RM270 juta lagi di Malaysia untuk memperluaskan operasi dan kemudahan pengeluaran sedia ada. Termasuk dalam jumlah itu adalah pengenalan generasi kenderaan teknologi termaju bagi HEV.
Takeyama berkata, pihaknya bersedia dengan pengenalan barisan kenderaan HEV dan teknologi berkaitan; sokongan servis, prasarana semasa; dasar global dan domestik; tahap mampu milik dan keberkesanan kos; serta kesedaran serta permintaan pelanggan, terutamanya di Malaysia.
"HEV Toyota sedang berada di tahap paling maju ketika ini dan memperkenalkannya adalah penyelesaian paling realistik, segera, ekonomikal dan praktikal bagi pengeluaran pasaran dan jualan massa dari segi pengurangan pembebasan CO2, kemudahan penggunaan serta penerima harga oleh pelanggan," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pernah Tular Bagi Makan Anjing, Kini Pemuda Ini Berjaya Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota

gempak
27/03/2023
01:41 MYT
Hadiakan Ibu Sebuah Kereta Jenama Toyota
Laman Utama

Kereta Terbabas Masa Race, Nabila Razali Alami Hyperventilation

gempak
23/03/2022
03:55 MYT
Hati-hati okey Bella...
Laman Utama

“Avanza 2022, Bukan Lagi Kereta Ustazah”- Ramai Tak Sabar Toyota Baru Masuk Malaysia?

gempak
17/03/2022
13:37 MYT
Amboi mengancam jugak Avanza baru tu!
drebar

Lebih 2 Juta Penonton Dalam Talian Menyaksikan Pusingan 2 Cabaran Vios di Litar Antarabangsa Sepang

gempak
25/10/2021
06:01 MYT
Perlumbaan kali ini diadakan dalam kedua-dua keadaan basah dan kering sekali gus menjadi persaingan sengit.
drebar

Toyota Land Cruiser 1980 Milik Tom Hanks Untuk Dijual, Harganya Tidak Murah!

gempak
02/08/2021
08:04 MYT
Jentera itu sebenarnya memiliki spesifikasi yang cukup menarik selepas melakukan beberapa ubah suai.
Unitar