Tempatan

UMW Toyota Motor Gantung Sementara Operasi Pengilangan dan Penjualan

gempak
Erywan
08/06/2021
10:33 MYT
Sponsor Banner
UMW Toyota Motor Gantung Sementara Operasi Pengilangan dan Penjualan
Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada 1 Jun lalu di seluruh negara, UMW Toyota Motor menggantungkan sementara operasi pengilangan serta penjualannya.
Presidennya Ravindran K berkata, beberapa minggu ini adalah tempoh mencabar untuk semua dan pihaknya menangguhkan sementara semua perkhidmatan tidak penting.
“Dalam masa sama, kami faham dalam keadaan tidak menentu ini, kami tetap boleh membantu dan menyediakan sokongan.
“Untuk itu, kami akan tetap ada sekiranya kenderaan anda rosak atau dalam kecemasan dan memerlukan perhatian, katanya.
Menurutnya, kenderaan yang dibeli daripada UMW Toyota Motor atau pengedar sah dengan jaminan sedia ada atau bakal tamat di dalam tempoh PKP ini, akan menikmati lanjutan tempoh berkenaan selama 30 hari selepas PKP berakhir.
Sebelum ini, syarikat itu baru-baru ini mengumumkan bahawa jualan Toyota dan Lexus di Malaysia terus menunjukkan corak peningkatan, dengan keseluruhannya mencatatkan sebanyak 7,595 unit terjual sepanjang Mei 2021, atau peningkatan 120 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2020.
Jumlah berkenaan dipacu terutamanya oleh model-model seperti Vios sedan yang menyumbang 32 peratus daripada jumlah jualan, diikuti Yaris hatchback lima-pintu (25 peratus) dan trak pikap Hilux yang menyumbang sebanyak 21 peratus bagi jualan bulan Mei 2021.
Pertumbuhan yang dicatatkan itu menjadi petunjuk jelas kepada keyakinan pembelian oleh pelanggan, dan mereka juga berlumba untuk memanfaatkan penjimatan tambahan daripada pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live