Tempatan
Video: Ford Mustang 1969 Enjin Mercedes E63 AMG - Dari Besi Buruk, Kini Luar Biasa
Apa yang anda lihat, ini adalah satu-satunya Ford Mustang buatan 1969 yang diubah suai dengan menggunakan enjin Mercedes E63 AMG.
Warna Kuning yang dicat pada jentera itu, sememangnya sesuai dengan karakter ‘Muscle Car’, namun pada awal pembikinnya ia hanyalah sebuah jentera yang sangat buruk dan uzur.
Anda boleh lihat di video di bawah:
Advertisement
Namun, jentera itu diselamatkan oleh bengkel, Anarchy Garage di United Kingdom dan mereka menjalani proses restorasi, tetapi pada masa sama mengubahsuai dengan cara berbeza bagi meningkatkan prestasinya.
Apa yang menariknya, Mustang itu menggunakan enjin V8 5.5-liter twin-turbocharged daripada Mercedes-Benz E63 AMG.
Ia memiliki 721hp dan kuasa itu disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 7 kelajuan automatik asal daripada E63. Bunyinya cukup ‘enak’, menerusi ekzos yang diletak pada bahagian sisi pada pintu jentera. Kena pula enjin V8, memang padu!
Pada ruang dalamannya, ia menggunakan banyak komponen E63 AMG membabitkan papan pemuka, konsul tengah dan roda stereng. Cuma kerusi tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan menggunakan Mercedes-Benz A Class.
Untuk lihat dengan jelas jentera ini, anda boleh saksikanya di video di bawah:
Must-Watch Video