Antarabangsa

Volkswagen Golf GTI Aurora dengan paparan holografik

Erywan
09/06/2019
02:15 MYT
Volkswagen mempertontonkan sebuah Golf GTI Aurora pada satu pertemuan GTI di Bandar Lake Worth, Florida di Amerika Syarikat.
Selayang pandang, GTI Aurora ini seakan-akan mempunyai dos kuasa yang cukup berpreatasi. Namun, itu bukan satu perkara yang kami mahu bincangkan.
Fokus kali ini tertumpu pada satu kelainan teknologi yang terkandung di dalamnya dan belum pernah dilihat pada mana-mana edisi Golf GTI mahupun Golf R.
GTI Aurora ini ada satu modul holografik yang paparan itu cuba boleh dilihat selepas anda membuka pintu but belakang dan ruangan simpanan bagasi.
Teknologi imej fotografi tiga dimensi yang terbentuk oleh alur laser atau dalam bahasa mudah, hologram itu berjaya dicipta serta boleh berfungsi sepenuhnya.
Inovasi itu membolehkan sistem audio berkuasa tinggi 3,500 watt dikawal menerusi hologram. Ini adalah yang pertama di dunia, bukan setakat di bandar Lake Worth.
Pengurusi Lembaga Pengurusan Komponen Volkswagen Group, Thomas Schmall berkata, dengan teknologi hologram itu, pihaknya berjaya menyatukan dunia sebenar dan dunia maya.
"Hampir semua orang kenali hologram daripada filem Hollywood seperti Star Trek dan Star Wars, kami hampir mencipta semula reliti filem sinema ini,” katanya.
Berbeza dengan pengalaman tiga dimensi di pawagan sebelum ini, anda tidak perlu menggunakan cermin mata khas atau sarung tangan bersensor untuk merasai pengalaman Aurora.
Schmall berkata, hologram itu terapung secara bebas di udara dan pekakas yang bersambungan dengan modul kompak dalam ruangan bagasi.
Sementara itu, Ketua Pembangunan Komponen Volkswagen Group, Mark Moller berkata, pihaknya mencipta satu imej terapung menggunakan perisian dan teknologi komponen.
“Sistem ini mengenal pasti keperluan operasi pengguna dan melaksanakannya,” katanya.
Maklumat lain berhubung teknologi itu masih dirahsiakan. Golf GTI Aurora mampu menjana kuasa 380hp daripada enjin petrol 2.0 liter beserta kotak gear 7 kelajuan. Kit badan beserta peresap belakang dan semua elemen hiasan dicat menggunakan tangan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tular Paip Sisa Makanan Bocor Di Parking Mall, Pemilik Kereta Mewah Tahan Bau Masam & Kepam - "Pengurusan Offer Cuci Kereta Percuma Setahun Tapi ..."

gempak
26/06/2024
00:03 MYT
Pemilik kenderaan jenis Volkswagen Beetle putih yang tular video paip sisa makanan bocor di ruang parkir sebuah pusat beli-belah baru-baru ini, Eyera Azlan tampil menceritakan detik malang yang dialaminya.
Laman Utama

“Pada Yang Komen Macam Tahu, Tanggunglah Dosa Tu” - Difitnah Isu Golf Dengan Watie, Shuib Akhirnya Bersuara

gempak
27/06/2023
03:50 MYT
Shuib dah tegur tu.
Laman Utama

“Benda Ni Kelakar Sangat… Tak Baik Untuk Saya, Tak Baik Untuk Sarah” - Shuib Nafi Pernah Ada Hubungan Dengan Wanita Bernama Watie

gempak
14/09/2022
06:20 MYT
Penjelasan Shuib mengenai gosip yang mengatakan dia pernah berhubungan dengan wanita lain
Laman Utama

“Next Level, Bukan Kaleng-Kaleng!”  – Shuib Main Golf Dengan Permaisuri Agong Curi Perhatian

gempak
09/02/2022
04:45 MYT
Bertuah Shuib dapat bertemu dengan Raja Permaisuri Agong...
drebar

Selepas 19 Tahun Parkir, Akhirnya Volkswagen Golf GTI Ulang Tahun Ke-25 Bakal Dijual

gempak
13/07/2021
07:52 MYT
Kenderaan itu baharu sahaja dipandu 12.8 kilometer (km) dan hanya satu pemilik sahaja.