,
Antarabangsa

Volkswagen Tiguan Facelift Tampil Gaya Baru Dan Teknologi Terkini

Erywan
02/07/2020
03:04 MYT
Selepas Arteon yang diperkenalkan baru-baru ini, kini tiba pula giliran Volkswagen Tiguan untuk menerima versi facelift.
Model terbaru ini tampil dengan reka bentuk yang lebih segar dan pelbagai kelengkapan inovatif terkini.
Seperti yang boleh dilihat, SUV ini mempunyai wajah baharu yang dilahirkan menerusi jeriji yang bersambung dengan lampu utama serta bampar yang direka semula. Di belakang, tulisan “Tiguan” diletakkan di bawah logo baharu Volkswagen, manakala logo “4Motion” turut diolah semula.
Di dalam, terdapat roda stereng multifungsi dan modul kawalan sistem pendingin hawa baharu, serta sistem infotainmen terkini iaitu MIB3 yang menawarkan kawalan arahan suara, sambungan telefon pintar untuk lebih dari satu peranti dan App-Connect. Bergantung pada varian, sistem kokpit digitalnya didatangkan dengan paparan berukuran lapan inci atau 10.25 inci.
Selain itu, Volkswagen turut menawarkan pencahayaan ambien 15 warna dan sistem audio premium berjenama Fender dengan kapasiti 480 watt untuk varian-varian tertinggi.
Bagi pasaran Amerika Syarikat, Tiguan didatangkan dengan enjin TSI empat silinder (EA888) yang menghasilkan 184hp dari 4,400-6,000 rpm dan 300Nm dari 1,600-4,360 rpm. Enjin turbo itu dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan dan sistem Start/Stop yang direka untuk meningkatkan tahap kecekapan bahan api.
Selain itu, ia mempunyai varian berprestasi iaitu Tiguan R dengan 315hp dan model plug-in hybrid yang menyalurkan 241hp untuk pasaran Eropah.
Turut dipertingkatkan adalah sistem bantuan pemandu Tiguan yang kini menampilkan ciri Travel Assist. Dengan bantuan daripada Adaptive Cruise Control dan Lane Assist, ciri terbabit boleh mengambil alih kawalan stereng, brek dan pecutan pada kelajuan antara 0 hingga 209km/j.
Sementara itu, Adaptive Cruise Control itu sendiri kini mempunyai kemampuan untuk mengesan informasi had kelajuan kawasan tempatan, papan tanda, simpang dan bulatan dengan menggunakan kamera hadapan dan data peta yang diperoleh daripada GPS.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Dipuji Michelle Yeoh, Zii Jia & Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dijanjikan SUV Oleh Chery Malaysia

gempak
06/08/2024
01:48 MYT
Kejayaan yang dilakar dari kem badminton negara pada Olimpik Paris 2024 terus mendapat perhatian.
Viral

Tular Paip Sisa Makanan Bocor Di Parking Mall, Pemilik Kereta Mewah Tahan Bau Masam & Kepam - "Pengurusan Offer Cuci Kereta Percuma Setahun Tapi ..."

gempak
26/06/2024
00:03 MYT
Pemilik kenderaan jenis Volkswagen Beetle putih yang tular video paip sisa makanan bocor di ruang parkir sebuah pusat beli-belah baru-baru ini, Eyera Azlan tampil menceritakan detik malang yang dialaminya.
drebar

Selepas 19 Tahun Parkir, Akhirnya Volkswagen Golf GTI Ulang Tahun Ke-25 Bakal Dijual

gempak
13/07/2021
07:52 MYT
Kenderaan itu baharu sahaja dipandu 12.8 kilometer (km) dan hanya satu pemilik sahaja.
drebar

Volkswagen Malaysia Tawar Penjimatan Prihatin Dan Kos Efektif Kepada Pemilik Kenderaan

gempak
08/07/2021
08:07 MYT
Inisiatif itu dalam usaha meringankan beban pemilik kereta sepanjang tempoh yang sukar ini.
drebar

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Versi CKD Buka Tempahan, Harga Bermula RM245,000

gempak
17/06/2021
02:53 MYT
Hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti kemas kini pada bahagian dalaman dan luaran, selain teknologi dan enjin baharu.
Unitar