Volvo Car Malaysia melancarkan model kenderaan pemasangan tempatan (CKD) menerusi Volvo S60 T8 yang didatangkan dalam satu sahaja iaitu, T8 R-Design.

S60 T8 CKD dibina daripada platform Scalable Product Architecture (SPA) dan ia akan bersaing dengan lawannya dari Jerman seperti BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class.

Seperti varian CBU, Volvo S60 T8 CKD ini dikuasakan dengan enjin pemenang anugerah, T8 Twin Engine e-AWD plug-in hibrid dimana ia boleh menghamburkan jumlah keseluruhan kuasa sebanyak 407 hp dan tork 640 Nm.


Motor elektriknya menyalurkan 87hp dan tork 240Nm manakala enjin petrol Drive-E, yang dilengkapi dengan teknologi pengecas super dan pengecas turbo, menghasilkan 320hp dan tork 400 Nm. Ini diterjemahkan kepada kelajuan 0-100 km/j dalam hanya 4.4 saat.

Bahagian dalaman Volvo S60 T8 CKD menerima balutan Charcoal Fine Nappa Leather dengan Open Grid Textile yang eksklusif dan papan pemuka yang disesuaikan. Sistem bunyi 14-speaker dikuasakan oleh Harman Kardon yang disambung ke sistem infotainment Sensus Connect menambah kemewahan ini.


Sistem infotainment Sensus Connect Volvo Cars serasi sepenuhnya dengan Apple CarPlay dan Android Auto, yang membolehkan pemandu kekal berhubung sepanjang masa. Kawalan intuitifnya pula adalah antaramuka skrin sentuh stail tablet yang menggabungkan fungsi kereta, navigasi dan aplikasi hiburan dalam kereta.

Untuk mengecas semula dunia, Volvo bukan sahaja mengambil inisiatif untuk memperkenalkan PHEV tetapi juga kenderaan elektrik sejati dengan tujuan mengurangkan pembebasan karbon bagi setiap kenderaan sebanyak 40 peratus dalam tempoh antara 2018 dan 2025.


Ia juga membuat perubahan daripada rantaian bekalan itu sendiri – Volvo adalah pengeluar kereta pertama yang menggunakan teknologi blockchain untuk memantau dan mengesan kobalt di seluruh rangkaian pembekalan, bermakna pek bateri yang digunakan di dalam S60 T8 CKD diperolehi secara bertanggungjawab.

Dalam aspek keselamatan, Volvo S60 T8 CKD menawarkan ciri City Safety dengan teknologi Autobrake, yang membantu pemandu mengelakkan potensi pelanggaran dan satu-satunya sistem di pasaran yang mengenalpasti pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar.


Dalam segmen sedan saiz pertengahan yang pertama di dunia, City Safety kini juga membabitkan brek automatik untuk mengurangkan perlanggaran dari arah hadapan.

Versi CBU ini juga mempunyai Sistem Pilot Assist yang menyokong pemandu dengan stereng, pecutan dan brek di atas jalan yang bertanda jelas sehingga 130km/j serta dinaik taraf dengan prestasi membelok bertambah baik.


Volvo S60 T8 CKD juga dilengkapi Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation dan lain-lain sistem bantuan stereng. Cross Traffic Alert juga meningkatkan keselamatan orang di dalam dan luar kereta yang direka untuk mengesan lintasan trafik di belakang kereta apabila mengundur.

Ia ditawarkan empat warna menarik membabitkan putih, merah, hitam dan kelabu yang dijual pada harga RM295,888 atas jalan dan tanpa insuran. Ia adalah sama harga dengan model import dan pemasangan tempatan.


Pada masa sama, Volvo S60 T8 CKD juga boleh ditempah secara dalam talian melalui laman web Volvo Car Malaysia sebagai alternatif lebih selamat dan mematuhi saranan kerajaan dalam penjagaan penjarakan sosial.