Tempatan

Volvo Car Malaysia Tukar Waranti Kenderaan Dari Tiga kepada Lima Tahun

gempak
Erywan
09/02/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
Volvo Car Malaysia Tukar Waranti Kenderaan Dari Tiga kepada Lima Tahun
Memasuki tahun 2021, Volvo Car Malaysia memperbaharui komitmen kepada perkhidmatan selepas jualannya dengan menambah baik program jaminan kenderaan keluarannya.
Kini, pemilik kenderaan persendirian Volvo yang berdaftar bermula dari 1 Januari 2021 dan selanjutnya akan mendapat perlindungan jaminan pengeluaran selama lima tahun atau perbatuan tanpa had.
Pada tahun sebelum ini, pemilik kenderaan Volvo hanya layak untuk mendapat perlindungan standard jaminan pengeluaran sehingga tiga tahun, atau 100,000km, dengan tambahan dua tahun atau 20,000km menerusi program lanjutan jaminan (EWP) yang disediakan oleh rakan syarikat insurans luar.
Kini, dengan pengenalan jaminan pengeluaran kilang, pelanggan boleh menikmati tahap perlindungan yang sama tanpa sebarang kos tambahan dan ditanggung sepenuhnya dibawah jaminan lima tahun atau perbatuan tanpa had.
Penyemakan semula tempoh jaminan ini akan memberikan pelanggan ketenangan untuk tempoh lima tahun dari tarikh kenderaan mereka diserahkan. Semua pemilik kenderaan baharu boleh menjangkakan bahawa mereka akan menerima pengalaman perkhidmatan premium oleh juruteknik Volvo yang terlatih.
Pada Disember 2020, Volvo Cars Malaysia turut mengumumkan bahawa semua pelanggannya yang membeli kenderaan Volvo Plug-in Hybrid (PHEV) layak mendapat lanjutan tempoh jaminan bateri voltan tinggi (HV) sehingga lapan tahun atau 160,000km (yang mana terdahulu).
Melalui inisiatif ini, Volvo Car Malaysia bukan sahaja melanjutkan sokongan untuk masa depan yang mampan, malah bagi memastikan pelanggan kekal yakin kepada kualiti Volvo.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live