Tempatan

Waze papar harga tol di Malaysia

gempak
Erywan
26/11/2019
03:48 MYT
Sponsor Banner
Waze papar harga tol di Malaysia
Waze melancarkan ciri Harga Tol di Malaysia bagi membolehkan pengguna mencari dan membandingkan harga tol ketika memandu.
Kemudahan yang disediakan oleh Waze akan membantu pemandu membuat keputusan perancangan yang lebih baik dengan memaparkan harga sebelum tiba di tol. Ia membolehkan mereka membanding harga bagi pelbagai rangkaian perjalanan dan juga ETA supaya dapat membuat pilihan yang paling sesuai.
Ciri yang direka khas untuk pengguna jalan bertol itu berjaya dilaksanakan selepas hasil usaha bulanan komuniti sukarelawan Waze yang terdiri dari lebih 30,000 editor peta yang aktif. Enam sukarelawan dari komuniti Waze Malaysia yang sudah memainkan peranan dalam perkara itu adalah Kadyus, Kweeheng, Rickylo103, EpailXi, Izuaniz dan Lutfi_bihar. Mereka membantu mengumpul dan memasukkan maklumat harga tol di Malaysia.
Pengurus Produk Waze, Moriah Royz berkata pihaknya teruja untuk memperkenalkan Harga Tol ke Malaysia bagi merealisasikan satu ciri yang paling kerap diminta di Waze.
“Sehingga ini, Waze berusaha untuk mengurangkan masa perjalanan pemandu, kami juga membantu pengguna menjimatkan perbelanjaan dengan sebaik mungkin dengan menyediakan pilihan rangkaian perjalanan yang paling sesuai, berdasarkan gabungan ETA dan harga tol di sepanjang perjalanan.
“Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan komuniti kami bagi membolehkan ciri ini disediakan di semua pasaran,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live